Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

DAP peralat Mahathir lawan PM, kata Annuar Musa

Loading...
DAP dilihat mendominasi pakatan pembangkang walaupun tidak bertanding banyak kerusi dalam pilihanraya umum sebelum ini.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu dapat dilihat dalam pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.

Ahli Parlimen Ketereh itu memberi contoh berkaitan kelulusan pesta makanan dan minuman Jerman yang turut membabitkan arak yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

“Sebenarnya walaupun Selangor ditadbir oleh seorang Menteri Besar yang beragama Islam dari pakatan pembangkang, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka mesti mengikut apa yang DAP mahukan,” katanya.

Beliau berkata dalam isu pesta arak itu, walaupun PAS dan PKR adalah sebahagian daripada kerajaan negeri, DAP yang sebenanrnya mempengaruhi tindakan kerajaan negeri Selangor.

“DAP dalam politik ini memang matlamat dan strategi mereka adalah untuk menguasai. Jadi banyak daripada kita tidak perasan apa yang ditawarkan oleh pakatan pembangkang sebenarnya adalah sebuah kerajaan yang akan dikuasai DAP. Ini tidak boleh mereka nafikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Dialog Perjuangan 4 All di Dewan Bangunan UMNO Bahagian Bakri, Muar, Sabtu.

Pada masa sama, bekas Pengerusi MARA itu mendakwa DAP dilihat cuba untuk memperalatkan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melawan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dr Mahathir bukan satu penyelesaian tetapi DAP menggunakan beliau, walaupun tahu Dr Mahathir adalah punca masalah tetapi kali ini DAP gunakan beliau.

“Yang akan menguasainya kelak adalah DAP,” katanya.
Loading...
Back To Top