SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pihak yang membuat dakwaan kononnya beliau membayar Lim Kit Siang sebanyak RM1 bilion supaya dirinya dilantik menjadi pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai "orang tidak siuman".
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu secara sinis berkata, jika beliau mempunyai wang sebanyak itu, beliau tidak akan hidup seperti apa yang dapat dilihat hari ini.
"Hanya orang gila saja boleh fikir yang saya ada RM1 bilion. Saya adalah perdana menteri yang mempunyai rumah lebih kecil berbanding menteri biasa kerana saya hanya membelanjakan duit yang saya

Loading...
ada.
"Saya rasa Raja Petra tidak siuman, kalau dia siuman, tunjuk bukti, jangan cakap macam itu saja," katanya menerusi kenyataan video yang disiarkan di laman Facebook PPBM hari ini.
Raja Petra menerusi blognya baru-baru ini mendedahkan bahawa Dr Mahathir telah 'membeli' Penasihat DAP itu dengan nilai RM1 bilion sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Dr Mahathir.
Antara syarat berkenaan adalah untuk membenarkan PPBM sebagai salah satu komponen Pakatan Harapan (PH), tidak mendedahkan apa yang diketahuinya berhubung kerugian RM31.5 bilion Bank Negara kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan menjamin kerusi selamat untuk dimenangi anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada PRU14 akan datang.
Raja Petra turut mendakwa sebanyak RM750 juta telah dibayar kepada Kit Siang di Singapura dan Hong Kong dan baki RM250 juta lagi akan diserahkan setelah segala perjanjian dituruti.
Susulan pendedahan itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim kelmarin mendesak Kit Siang menjawab dakwaan berkenaan.