Loading...
Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan kerugian RM32,074,000,000,000 (RM32.074 bilion) sepanjang tempoh menjalankan dagangan mata wang asing (forex) semenjak 1988 hingga 1994, kata bekas Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Memberi keterangan dihadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian forex BNM era 1990-an, Zeti berkata kerugian awal adalah RM3.503 bilion antara 1988 hingga 1989 seterusnya mencatatkan keuntungan pada RM2.473 bilion pada 1990 dan rugi 10 kali ganda kepada RM31.5016 dari 1991 hingga 1994.
“Jumlah kerugian keseluruhan dialami BNM dalam urus niaga forex bagi 1988 dan 1989 ialah RM3.503 bilion dan bagi tahun 1991 hingga 1994, kerugian ialah RM31.506 bilion.
“Keuntungan pada 1990 ialah RM2.473 bilion,” kata Zeti yang merupakan saksi ke-16 dipanggil memberi keterangan kepada pasukan RCI.
Kenyataan Zeti mengesahkan kesimpulan awal Pengerusi RCI Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa kerugian BNM akibat dagangan forex bernilai sekurang-kurangnya RM31.5 bilion.
Kenyataan Mohd Sidek dibantah oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menyifatkan ianya sebagai hipotesis pra-matang
Zeti yang berkhidmat sebagai gabenor sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2000 dan antara 2011 hingga 2016 mengakui mengetahui mengenai kerugian BNM akibat forex semenjak 1994 ketika berkhidmat di bank pusat itu di London.
“Pada masa itu saya masih bekerja di pejabat di London dan saya hubungi pegawai kanan di BNM untuk mengetahui apa yang berlaku dan diberitahu BNM mengalami kerugian daripada pengurusan rizab,” katanya.
Pada 30 Ogos lalu, pasukan RCI diberitahu saksi, bekas juduaudit dari Pejabat Jabatan Audit Negara, P Kanason Pothinker telah mendapati dagangan mata wang forex oleh BNM menyalahi Akta Bank Negara 1958.
Kanason berkata, ianya juga disahkan oleh Peguam Negara pada waktu dagangan itu berlangsung, Tan Sri Ainum Mohamed Saaid dan Ainum berbjanji untuk mengemukakan jawapan bertulis berhubung perkara berkenaan.
Kata Kanason, beliau kemudiannya memaklumkan perkara berkenaan kepada Ketua Audit Negara pada waktu itu namun jawapan bertulis yang dijanjikan oleh Ainum tidak pernah diterima.
“Saya hubungi Tan Sri Ainum dan saya diberitahu oleh beliau dan seingat saya ‘orang atasan cakap jangan campur tangan’ dan saya dijanjikan maklum balas, dan menerima nasihat bertulis daripada Pejabat Peguam Negara mengatakan bahawa isu tersebut wajar diselesaikan antara ketua audit dan Gabenor Bank Negara,” katanya.
Memberi keterangan kepada pasukan petugas RCI hari ini, Ainum berkata beliau mengutuskan surat bertarikh 21 September 1990 dengan mengeluarkan arahan agar isu itu diputuskan sendiri oleh Jabatan Audit Negara dan BNM.
“Ini kerana Jabatan Peguam Negara hanya bertanggungjawab mentafsirkan undang-undang tetapi tidak berupaya memberi nasihat mengenai aktiviti kewangan BNM yang Jabatan Peguam Negara tidak mempunyai kepakaran,” katanya.
Kerugian forex era 1990-an didedahkan oleh bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid yang mendakwa jumlah kerugian sebenar bernilai US10 bilion dolar – jauh lebih besar daripada kenyataan bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerugian BNM hanya RM5.7 bilion.
Kata Abdul Murad, beliau pelik tiada siasatan lanjut berhubung isu berkenaan dan ‘dikuburkan’ lebih dua dekad.
Prosiding bersambung esok dengan Anwar dijangka akan memberi keterangan kepada ahli panel RCI. -MD