UMNO menyokong kenyataan PAS yang menyatakan mengundi PH bermakna memberi satu undi kepada DAP.
Sokongan itu jelas Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan adalah selaras dengan gesaan parti itu bahawa DAP tidak wajar dijadikan pilihan untuk mentadbir negara.
“Apa yang diperkatakan PAS itu satu undi kita (kepada PH) bermakna untuk DAP, itu sangat bertepatan. Jadikan sebagai satu panduan bagi masyarakat. Sedangkan orang yang menggelarkan diri mereka agamawan kata begitu maka faham-faham sahajalah.
“Kita kena tengoklah apa yang disarankan oleh PAS ini. Kami dah lama tolak dah. Kami dah faham dah kerenah mereka. Kita memang tak mahu DAP. Bagi kita DAP ini bukan pilihan pertama dan bukan pilihan terakhir,” katanya dipetik media.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi semalam mengisytiharkan satu undi kepada PH bererti satu undi kepada DAP, yang menurutnya dibayangi Evangelis Kristian dan mahu menawan negara ini.
Ujarnya, DAP sudah mencengkam tiga lagi rakan komponen dalam gabungan itu iaitu PKR, PPBM dan PAN sebagai proksi.
Dalam pada itu Mat Nadzari yang juga ADUN

Loading...
Batang Kali mendakwa, DAP sejak dahulu membawa ideologi sekularisme, yang mana tidak sesuai dalam konteks negara ini.
“DAP sudah lama ideologi sekularnya, bukan satu ideologi (baru) sekarang. Itu yang dibawa dari dulu lagi. Jadi tak menghairankan kalau PAS hari ini (kritik), tidak tahu lah kalau PAS sudah tersedar apabila melihat permainan DAP yang begitu rancak mentadbir sekarang ini baru dia perasan.
“Tetapi bagi kita orang UMNO kita, DAP ini sudah lama dah. Kita dah kenal lama dah diorang punya ideologi ini. Tidak ada menghairankan kita lah,” katanya.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki sebelum ini juga dilaporkan berkata gerakan Evangelis Kristian semakin terserlah dalam DAP dikhuatiri merugikan Islam merupakan antara penyebab kepada parti itu menjauhi pakatan.
Hubungan politik antara PAS dan DAP terputus secara rasmi selepas Majlis Syura Ulama PAS membatalkan tahaluf siyasi dengan parti dominasi Cina itu, sekaligus menyaksikan terkuburnya Pakatan Rakyat (PR) pada 2015.
Ia rentetan serangan tanpa henti DAP terhadap PAS dan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan isu hal ehwal Islam termasuk susulan keputusan parti itu yang mahu melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.
Pemimpin PAS sebelum ini berkali-kali tegas dengan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana parti komponen PH dalam perjuangannya menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Ia termasuk kenyataan Hadi bahawa PAS tidak mahu lagi bekerjasama memandangkan selama ini parti itu banyak berkorban untuk menyelamatkan reputasi pakatan pembangkang.