Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

TUNKU AZIZ : MAHATHIR PELAKUKAN BANK NEGARA SEOLAH-OLAH SEPERTI KASINO

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa menjadikan Bank Negara Malaysia (BNM) mirip sebuah kasino semasa pemerintahannya.

Demikian menurut bekas penasihat bank pusat, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim selepas melihat tindak tanduk bekas Presiden UMNO itu yang sanggup memperjudikan duit rezab negara dalam urusniaga mata wang asing ketika berkuasa selama 22 tahun.

“Dr Mahathir tidak
Loading...
memperdulikan sama ada ia untung atau tidak, Bank Negara mirip seperti kasino ketika itu apabila wangnya diperjudikan untuk mendapat keuntungan

“Beliau juga tidak jujur dan amanah pada rakyat dalam menguruskan duit negara dan ini adalah satu jenayah,” kata bekas Naib Pengerusi DAP itu di Damansara, Isnin.

Ditanya kenapa tindakan Dr Mahathir tidak terbongkar dan disorok dari pengetahuan umum, Tunku Aziz mendakwa Pengerusi Pakatan Harapan itu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menutup kesalahan yang dilakukannya.

Setelah hampir 30 tahun, kerajaan memutuskan untuk menyiasat kerugian BNM pada sekitar tahun 90an dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Pada ketika ini, perbicaraan masih lagi berlangsung di Istana Kehakiman Putrajaya dan beberapa saksi sudah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk Dr Mahathir.
Loading...
Back To Top