Naik ‘geli’ anak telinga membaca kenyataan-kenyataan puak pemimpin bawahan parti ‘cap bunga’ di Johor bersempena ulangtahun pengkhianatan terhadap parti yang banyak berjasa kepada pucuk pimpinan mereka dan keluarga mereka.
Mereka gambarkan kononnya parti ‘cap bunga’ begitu marhain ‘tidak berduit satu sen’. Kononnya berjuang dengan sumber kewangan yang sangat terhad dan ada yang terpaksa menggunakan duit poket sendiri yang kian ‘rabak’ dari hari ke hari.
Khabarnya, ada yang mengaku pendapatan mereka ‘merosot teruk’ selepas khianati UMNO. ‘Hilang’ jawatan dan elaun memberi khidmat kepada masyarakat, selain ada yang mengeluh tidak dapat peruntukan projek di Panchor?
‘Sayu’ benar penulis dengar rintihan mereka. Elok-elok membantu rakyat di tempat masing-masing dengan diberikan elaun tertentu yang mampu sedikit sebanyak meringankan beban diri, tiba-tiba ‘rabak poket’ diruntun parti sendiri.
Penulis akui, mereka seperti JKKK dan seumpamanya memang menerima elaun khas tertentu. Memanglah begitu tugas mereka. Rakyat di zaman ini lebih suka meminta dari berusaha. Bil elektrik bakal dipotong, kepada pemimpin lantikan kerajaan itulah tempat mereka mohon bantuan. Tidak diberi nanti akan dituduh lokek kedekut!
Jadi, apabila melangkah keluar, maka mereka itu perlulah tabah hadapi risiko berkenaan. Tanpa elaun dan peruntukan, maka mintalah dari Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden parti yang terkini. Jangan buat ayat ‘kesian’ untuk tagih simpati kononnya ‘perjuangan’…
Berkenaan dengan projek dan pendapatan kontraktor, zaman ini bukan lagi zaman Mahathir mahupun Anwar. Zaman ini perlulah adil, telus dan berintegriti. Semua pemberian projek diberi sama adil. Jika mahu rezeki lebih, maka

Loading...
mintalah pada Allah. Insha Allah, akan diberi projek dan rezeki melimpah ruah!
Namun begitu, sekiranya terlalu ‘sengkek’ sangat untuk berjuang demi kepentingan parti ‘cap bunga’ namun sumber dana tidak ada, maka penulis sarankan supaya minta saja pada Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden.
Sebelum ini, Rafizi Ramli mendakwa anak-anak Pengerusi parti ‘cap bunga’ merupakan antara individu yang tersenarai paling kaya di negara kita. Cuba ‘google’ senarai-senarai individu terkaya siaran sumber sahih sebelum ini, sudah tentu kenal dengan mereka.
Khabarnya, meskipun dikatakan ‘tak ada duit’, namun Pengerusi parti ‘cap bunga’ dikatakan masih hidup serba mewah. Naik jet peribadi ke hulu ke hilir walau sudah pencen. Rakan-rakannya orang kaya dan tauke besar belaka. Mungkin itulah kroni-kroni yang dikata Mat Sabu dan Mahfuz dulu?
Jika Pengerusi ‘kemut’, mungkin boleh menagih simpati dari Presiden? Khabarnya dia juga tidak kurang hebatnya. Dulu masa berjawatan besar, dia juga dikatakan berkawan baik dengan ramai ‘taikun’ hebat. Khabarnya dia ‘berkawan baik’ dengan YTL, benarkah?
Dan sekiranya ‘semput’ sangat untuk mendapat bantuan kewangan, maka mintalah bantuan dari Timbalan Presiden. Mungkin ada lebihan-lebihan saham dari syarikat fiber optik? Jika tiada saham, cuba tanya bolehkah dia korbankan sedikit hidup mewahnya untuk kepentingan parti…
Penulis yakin, harta dan pengaruh yang ada pada ketiga-tiga pemimpin parti ‘cap bunga’ itu sebenarnya lebih dari mampu untuk menaja semua gerakan dan aktiviti parti. Lagipun, ketika dalam UMNO dulu, mereka dikatakan sangat ‘pemurah’ dan suka ‘memberi’!
Justeru itu, penulis menyarankan supaya pemimpin bawahan itu redha sajalah dengan apa yang ada. Jika dibantu ketiga pemimpin tersebut, maka sudah tentu mereka hargai pengorbanan pemimpin tersebut.
Namun jika tidak, faham-faham sajalah di mana ‘level’ sebenar pemimpin bawahan itu. Kita bukan tidak kenal ketiga-tiga mereka. Asalnya dari UMNO juga membuat onar dalam parti, bukan? Bukan mereka tidak tahu keperluan akar umbi, namun nampaknya sengaja ‘pura-pura’ tidak berduit!