Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berkata usaha beliau yang menggerakkan inisiatif dalam mewujudkan rundingan bersama PAS akhirnya dibuktikan betul, susulan kenyataan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Terbukti saya betul. Kebenaran akan mengatasi penipuan. Mencari penyelesaian memerlukan kesungguhan ikhtiar – bukan sekadar untuk meraih perhatian,” tulis Azmin dalam Facebook beliau.
Anwar dalam kenyataannya semalam tampil mengesahkan beliau tidak membantah jika wujud rundingan antara partinya dengan PAS.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Biro Komunikasi parti itu, Anwar berkata PKR konsisten untuk mengukuhkan Pakatan Harapan (PH) dan seandainya wujud rundingan bersama parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, ia tetap akan berlaku dalam ‘kerangka komitmen PKR dengan PH’.
“Saudara Azmin yang diminta menerajui inisiatif ini sedar bahawa yang disarankan adalah

Loading...
strategi nasional dan tidak terbatas kepada Selangor sahaja.
“Wajar ditegaskan semula bahawa ikhtiar KEADILAN (PKR) adalah bagi menjernihkan suasana dan merangkul kekuatan rakyat,” petik kenyataan Anwar.
Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dilihat sebagai tokoh utama yang mahu meneruskan rundingan PKR dengan PAS, selepas tahaluf siyasi antara kedua-dua parti terputus secara rasmi pada Mei lalu.
Pendirian itu akhirnya membawa perpecahan dalam parti itu, namun Azmin menafikan rundingan dengan PAS dibuat atas tindakan individu sebaliknya ia adalah mandat parti.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli baru-baru ini dalam pendedahannya berkata, PKR kini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang pertama berpendirian keutamaan parti adalah mengekalkan tampuk pemerintahan di Selangor meskipun perlu berunding dan bekerjasama dengan PAS.
Manakala kumpulan kedua pula bertegas mahu PKR komited bersama DAP, Amanah dan PPBM sahaja dalam PH menghadapi PRU14.
Dalam pada itu, Rafizi turut mencadangkan kongres khas diadakan bagi memuktamadkan isu rundingan itu secara lebih menyeluruh, dengan melibatkan suara akar umbi.
PH ketika mesyuarat Majlis Presidennya pada 29 Ogos lalu telah mengambil ketetapan untuk tidak bekerjasama dengan PAS dalam menghadapi PRU14 nanti.