UMNO dan Barisan Nasional (BN) disarankan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi DAP Selangor Tony Pua yang membuat tuduhan tidak berasas dan berbaur fitnah sehinggakan rakyat boleh terkeliru dengan kredibiliti kerajaan pemerintah.
Saranan itu disuarakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menyifatkan tuduhan itu mempunyai unsur politik jahat untuk membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Kerajaan Persekutan BN yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Apa kita buat semua tak betul, otak beku dia ni, tak nak dengar cakap orang. Ini satu tuduhan jahat dan berbaur fitnah.
“Itu satu fitnah dan dia (Tony Pua) nak kena ini. Saya nak saman dia. Saya nak cadangkan UMNO ambil tindakan mahkahmah terhadap dia.

Loading...
src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_uCDwxeD3QmIdpujHavslNCFAX5EEDKV-wWarCbs33yJtXxLj4QHpuALWr34uvKAimTUb_2SOVR=s0-d" width="400">
“Mana ada UMNO ambil duit negara, satu sen pun kita tak ambil duit negara,” tegas Ahli Parlimen Pasir Salak itu.
Beliau berkata pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di ibu pejabat Agro Bank di Kuala Lumpur, Rabu.
Menurut Tajuddin lagi, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan adalah untuk kegunaan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
“Hasil cukai GST kita gunakan untuk beri kemudahan negara dan rakyat seperti membayar gaji kakitangan kerajaan, membuat jalan raya, membina sekolah dan pelbagai lagi.
“Jadi apa masalahnya dia kata negara tiada duit disebabkan UMNO yang buat hutang? Apa masalah dia, sibuk tuduh UMNO berhutang, jangan-jangan dia yang banyak hutang,” sindir Tajuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Semalam, Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mendakwa GST terpaksa dilaksanakan kerana tindakan Kerajaan Persekutuan yang diterajui UMNO dan BN telah gagal menguruskan kewangan negara akibat terlalu banyak berhutang.
Lantaran itu, Tony mendakwa, kerajaan UMNO-BN memilih untuk melaksanakan cukai regresif tersebut bagi menampung bebanan hutang ditanggung negara yang kian bertambah dari tahun ke tahun.
Dakwaan Tony tersebut jelas amat bercanggah seperti yang diumumkan Perdana Menteri, bahawa kerajaan Persekutuan tidak akan berfungsi tanpa pelaksanaan GST yang dikuatkuasakan sejak April 2015 kerana pendapatan negara terlalu bergantung dengan hasil minyak yang mengalami ketidakstabilan harga di pasaran dunia.