Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

SEORANG LAGI AHLI POLITIK PKR DISUMBAT KEPENJARA...

Pada 10 Feb 2015, Anwar Ibrahim telah didapati bersalah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir beliau untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dan kini, seorang lagi ahli politik PKR akan disumbat ke dalam penjara.

Tian Chua PKR didapati bersalah terhadap pertuduhan melanggar Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 pada 29 April 2012.

Ahli politik PKR itu dituduh tidak mematuhi perintah dan menolak arahan untuk beredar dari kawasan diisytiharkan sebagai kawasan larangan. Kesalahan itu dilakukan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, sehari selepas dia ditahan dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur.

Terbaru ialah Tian Chua telah menarik balik rayuan terhadap sabitan tersebut dan kini beliau menjalani hukuman penjara selama sebulan dan denda RM1,000. Beliau akan dipenjarakan di penjara Kajang.

Sikap tidak mematuhi perintah untuk beredar daripada Pulapol adalah satu tindakan bodoh seorang ahli politik PKR yang tidak patut dicontohi oleh rakyat Malaysia.

Malah, kenyataan beliau yang ‘menyifatkan amat tidak munasabah menghukumnya kerana dia berada di Pulapol secara paksaan dan tanpa persetujuannya’ adalah satu kenyataan yang boleh ditafsirkan menghina mahkamah (contempt of court). Pihak Mahkamah patut menilai kembali kenyataan beliau itu.

Tetapi malangnya, Tian Chua akan kekal sebagai Ahli
Loading...
Parlimen Batu walaupun Mahkamah Sesyen mendapati beliau bersalah.

Merujuk Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, kelayakan sebagai Ahli Parlimen hanya akan dilucutkan sekiranya wakil rakyat terbabit dijatuhi hukuman penjara melebihi setahun atau denda sekurang-kurangnya RM2,000.

Tian Chua mengambil pilihan untuk dipenjarakan kerana beliau dapat mengagak bahawa PRU14 belum tiba masanya lagi dan beliau masih boleh bertanding merujuk Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Tambahan pula, Tian Chua mungkin tahu beliau tiada sumbangan yang signifikan di kawasan parlimennya, maka ketidakhadiran beliau tidak mendatangkan sebarang perbezaan di sana.

Dalam masa yang sama, Tian Chua juga mengaku bahawa beliau telah menghadiri satu perhimpunan haram iaitu Bersih 3.0

Seperti yang kita tahu, puak Bersih 3.0 telah menyusahkan rakyat terutamanya rakyat Kuala Lumpur apabila membuat demonstrasi jalanraya di sekitar Dataran Merdeka walau pun telah diberi 2 tempat untuk berdemonstrasi iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Merdeka.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan kenyataan melarang penganjur mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka kerana tempat itu hanya dibenarkan untuk acara-acara rasmi bertaraf nasional.

Pihak polis pula telah mendapat perintah daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang puak Bersih daripada berkumpul di Dataran Merdeka.

Dr Mahathir Mohamad sendiri telah memberi amaran di dalam blog beliau. Beliau menulis keganasan daripada perusuh pada perhimpunan haram Bersih 3.0 merupakan permulaan kepada demonstrasi ganas yang berlanjutan jika puak pembangkang kalah dalam PRU13.

Perhimpunan Bersih 3.0 berakhir dengan kekecohan apabila samseng-samseng Bersih merempuh pagar halangan polis untuk memasuki Dataran Merdeka menyebabkan Unit Simpanan Persekutuan terpaksa menembak gas pemedih mata untuk menyurai dan mententeramkan keadaan.
Loading...
Back To Top