Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

PAS SELANGOR NAFI TERIMA ARAHAN PUSAT HENTI RUNDINGAN DENGAN PKR

Loading...
Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menafikan dakwaan beliau dan pimpinan Pas Selangor menerima arahan rasmi daripada pimpinan pusat untuk menamatkan sebarang bentuk rundingan dengan PKR.

Ahmad Yunus berkata beliau sendiri tidak dimaklumkan sebarang arahan daripada Pas Pusat berkenaan sebarang usaha menghentikan rundingan dengan PKR, malah pihaknya bersedia untuk berbincang dengan sesiapa sahaja demi kepentingan rakyat dan negara.

“Saya tak pasti betul atau tidak, tapi memang tiada arahan daripada PAS Pusat untuk hentikan segala perbincangan sepenuhnya dengan PKR.

“Jadi, PAS Selangor bersedia berbincang dengan sesiapa pun demi kebaikan rakyat dan negara,” katanya.

Kenyataan Ahmad Yunus itu seolah mengukuhkan dakwaan bahawa parti Islam itu bersedia menjalinkan semula kerjasama dengan PKR di Selangor bagi menentang Barisan Nasinal (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun menurut beliau, sehingga kini Pas hanya akan bekerjasama dengan parti dalam Gagasan Sejahtera Rakyat yang dibentuk sebelum ini.

Mei lalu, PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR selepas menuduh parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu melanggar syarat kerjasama politik dengan berkempen untuk calon Parti Amanah Negara (Amanah) dalam Pilih Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Loading...
Back To Top