Mengundi Pakatan Harapan (PH) pada pilihanraya umum adalah sama seperti menyokong usaha DAP untuk merendahkan martabat agama Islam di negara ini, kata anak Presiden PAS, Khalil Abdul Hadi.
Menurutnya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS, DAP bersembunyi di sebalik tiga parti komponen dalam pakatan pembangkang, sekaligus memberikan keinsafan kepada parti Islam itu untuk menolak sebarang kerjasama politik dengan mereka.
“Mutakhir ini, DAP sering menyemarakkan hasutan kebencian dan tuduhan terhadap usaha dibawa PAS dan pada masa sama, pergerakan DAP turut

Loading...
dibayangi agenda Evangelis Kristian dan bercita-cita menawan untuk sekularkan negara, bahkan tindak tanduk DAP jelas mahu menjadi dominan di dalam PH, sekaligus menentu arah setiap tindakan pakatan itu.
“Keadaan itu mendedahkan hakikat bahawa undi kepada parti lain dalam PH bermakna memberi undi kepada DAP.
“Oleh itu, mengalahkan Barisan Nasional (BN) dan PH adalah misi menyelamat yang penting buat negara pada PRU-14 nanti,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, politik seharusnya menjadi wadah kebertanggungjawaban oleh kepimpinan parti politik bagi menjaga kepentingan rakyat dan bukan mengambil kesempatan peribadi.
“Inilah kesungguhan yang PAS gagaskan menerusi budaya politik matang dan sejahtera ke arah meletakkan kembali negara dilandasan betul.
“Oleh itu hanya pemerintahan Islam dapat memberi jaminan dan perlindungan hakiki terhadap segala kepentingan, dan hak kepada rakyat dan negara,” katanya.