Agak mengejutkan apabila Parti Amanah Negara (PAN) mengumumkan sasaran mereka untuk merampas dua negeri sahaja, Kelantan dan Terengganu, pada PRU ke-14 nanti tanpa menyebut negeri lain, khususnya Kedah.
Sebagaimana maklum, tidak dinafikan bahawa Kelantan dan Terengganu mempunyai jumlah bilangan pengundi Melayu yang tinggi selain dibarisi beberapa pemimpin PAN yang agak terkenal di kalangan ahli politik.
Namun begitu, Kedah juga mempunyai sifat yang sama, malah boleh dikatakan bahawa bekas pemimpin PAS negeri di utara semenanjung itu adalah di antara yang pertama ‘memberontak’ terhadap kepimpinan PAS Pusat ketika parti itu dilanda kemelut pasca PRU ke-13 yang lalu.
Kita dapat saksikan sendiri bagaimana bekas Menteri Besar Kedah, Almarhum Tan Sri Azizan Razak berdepan tentangan hebat dari bekas-bekas Exconya sehingga menghuru-harakan PAS di negeri itu. Keadaan tersebut dikatakan antara faktor utama kekalahan PAS di Kedah.
Kini, bekas-bekas Exco berkenaan membarisi kepimpinan utama PAN di Kedah. Dato’ Dr Ismail Salleh misalnya kini adalah Pengerusi PAN Kedah, manakala Dato’ Phahrolrazi Zawawi pula kini berjawatan Timbalan Pengerusi PAN Negeri.
Phahrolrazi juga lebih awal menubuhkan NGO pro-Pakatan yang dinamakan sebagai PasMa. Malah pertubuhan itu juga ditubuhkan seiring dengan penubuhan PAN. Ia juga menjelaskan pengaruh besar

Loading...
yang ada pada ‘musuh politik’ arwah Ustaz Azizan di negeri tersebut.
Selain itu, PAS juga menerima tamparan hebat dari ‘orang kanan’ bekas Menteri Besar itu, Dato’ Amiruddin Hamzah yang mengejutkan ramai apabila menolak lantikan PAS Pusat yang mahu dia bertindak sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.
Penolakan bekas Exco itu sebagai ‘bos’ PAS Kedah mencetus desas-desus yang mendakwa dia cenderung kepada Pakatan Harapan dan PAN. Apatah lagi latar belakangnya merupakan golongan profesional, Amiruddin dilihat bagaikan ‘api dalam sekam’.
Itu belum lagi dikira campur Ahli Parlimen PAS di Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar yang terang-terangan begitu mesra dengan Pakatan Harapan. Bersikap terlalu keras dan ‘dingin’ terhadap PAS, Mahfuz bagai tidak ‘lut’ pada kecaman dan hentaman penyokong PAS terhadapnya.
Malah, desas-desus di negeri Kedah juga memperihalkan tentang beberapa Adun PAS yang dilabel sebagai ‘harum manis’ ekoran keengganan mereka keluar dari PAS namun sangat mesra dan cenderung menyebelahi PAN.
Melihat pada keadaan-keadaan berkenaan, penulis agak hairan mengapa PAN tidak mengumumkan Kedah sebagai salah sebuah negeri yang mereka sasarkan pada PRU ke-14 nanti sedangkan mereka lebih berpotensi mengatasi PAS di negeri tersebut.
Atau apakah pengumuman PAN itu hanyalah sebagai strategi politik untuk mengabui mata dan ‘diversion’ supaya PAS di Kedah akan leka? Apakah dengan tidak menyebut Kedah sebagai sasaran itu akan membawa padah kepada PAS di sana?
Pada pandangan penulis, berkemungkinan besar PAN mempunyai misi ‘rahsia’ di Kedah. Malah bukan hanya di Kedah, berkemungkinan Johor juga mampu menjadi sasaran mereka pada PRU ke-14 nanti. Nantikan saja percaturan PAN, harap PAS tidak terkejut…