Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Nasib Rafizi Bagai Kain Buruk Yang Dibuang Ke Tong Sampah....Akan Menerima Nasibnya Nanti

Satu ketika dahulu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dijulang oleh partinya sebagai seorang pejuang yang langsung tidak kenal erti penat. malah, dikalangan penyokongnya, dia diangkat sebagai ikon yang mendedahkan banyak kepincangan yang kononnya berlaku di dalam kerajaan. Malah, peranannya turut diiktiraf oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melantiknya sebagai Setiausaha Agung PKR.

Itu kisah dulu di mana Rafizi dilihat antara pemimpin paling lantang di dalam pakatan pembangkang dan PKR secara khususnya. Namun, hari ini, senarionya berubah. Dari dijulang sabagai pejuang dan ikon, hari ini, nasib Rafizi tidak ubah seperti kain buruk dan hanya membebankan PKR sekiranya dia bersuara.

Semuanya bermula apabila PKR sendiri mengalami masalah dalaman yang agak serius. Pada ketika itu, PKR terbahagi kepada dua kem utama iaitu kem pro Anwar yang masih kekal dengan pegangan untuk memastikan Anwar akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri dan satu kem lagi adalah mereka yang mahu membawa PKR keluar dari imej Anwar.

Bagi Rafizi pula, kesetiaannya kepada Anwar memang tidak boleh
Loading...
disangkal. Oleh yang demikian, acapkali berlaku perseteruan dalaman PKR yang menyaksikan kem yang mahu pembaharuan yang diketuai oleh Datuk Seri Azmin Ali kerap melancarkan serangan keatas Rafizi terutamanya dari Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Hari demi hari, perseteruan antara dua kem ini sudah memasuki episod baru di mana lebih ramai lagi ahli didalam kem yang diketuai oleh Azmin, mula melancarkan serangan. Mereka termasuklah Latheefa Koya, Azmin Ali sendiri dan beberapa orang lagi pemimpin yang berada di dalam kem Azmin.

Semua ini gara-gara kegagalan Rafizi dalam memohon perintah mahkamah agar mengurangkan denda selain tidak perlu disumbatkan kedalam penjara sekiranya dia gagal untuk membayar denda yang dikenakan keatasnya. Ini menjadikan Rafizi berkemungkinan besar tidak boleh lagi bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Melihat kepada apa yang menimpa Rafizi ini, seorang demi seorang pemimpin PKR mula menjauhinya. Hal ini tidak hanya berlaku di dalam kem membabitkan Azmin itu sendiri, malah kem Wan Azizah juga mula menjarakkan diri dengan Rafizi. Tidak terhad setakat menjauhkan diri, namanya juga tidak lagi menjadi calon buat mana-mana jawatan yang ada dalam PKR.

Inilah nasib si Raja Penipu Malaysia. Jika dahulu sewaktu galak menyebarkan cerita fitnah, dirinya dijulang bak seorang hero oleh pakatan pembangkang dan PKR sendiri. Namun hari ini, nasibnya tidak ubah seperti sehelai kain buruk yang tidak diperlukan lagi dan dicampak kedalam tong sampah. Hanya tinggal masa sahaja lagi untuk dilupuskan.
Loading...
Back To Top