Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

MB Kelantan kurang pengalaman berbanding Ketua Menteri P.Pinang...

Pemuda PAS mengakui Menteri Besar kerajaan PAS Kelantan dan barisan exconya kurang pengalaman berbanding dengan Ketua Menteri kerajaan DAP Pulau Pinang dan berisan exconya.

Pengakuan tersebut dibuat Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan media yang diterima Agendadaily.

Menurut kenyataan itu kekurangan di Kelantan adalah Menteri Besar dan exconya tidak mempunyai pengalaman ditahan oleh SPRM.

"Tidak seperti Pulau Pinang di mana Ketua Menteri dan salah seorang exconya telah mempunyai pengalaman berharga ditahan dan didakwa oleh SPRM di mahkamah.

"Itulah kelebihan DAP berbanding PAS di Kelantan,"katanya.

Sebelum itu, Ahmad Fadhli berkata Lim Guan Eng mengalami sindrom hilang ingatan apabila terus menyalahkan PAS dalam isu ini sedangkan pihak yang mula-mula memutuskan hubungan sesama parti di dalam Pakatan Rakyat ialah DAP.

"Sudah lupakah Lim Guan Eng bahawa DAP lah parti yang mula-mula mengisytiharkan putus dengan Presiden PAS pada tahun 2015 yang akhirnya membawa kepada keretakan hubungan di antara parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.

"Bagaimana pula hari ini PAS diminta berpakat dengan parti-parti pembangkang sedangkan dahulunya Pakatan Rakyat berkubur atas asas DAP tidak boleh menerima prinsip PAS?"

Jelasnya, DAP yang lebih wajib memikirkan nasib mereka di
Loading...
Pulau Pinang dalam situasi mereka hanya mempunyai 19 kerusi sahaja dan ia tidak cukup untuk menjadi kerajaan tanpa kerjasama parti lain.

"Ia berbeza dengan PAS yang sudah mempunyai majoriti yang cukup menguasai Kelantan pada hari ini,"ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata pertembungan tiga penjuru yang bakal berlaku dalam PRU14 ini bukan dimulakan oleh parti itu memandangkan terdapat parti-parti lain yang mengisytiharkan untuk bertanding di beberapa kerusi asal parti Islam itu.

“Sebagai contoh di Temerloh, kerusi Dun Semantan dimenangi oleh Pas sejak bertanding dahulu lagi dan saingannya hanyalah BN. Apabila PAS menang dan calon ini pula masuk Parti Amanah Negara (PAN), sudah pastinya ia kawasan kita dan kami akan kekal bertanding untuk melawan BN.

“Tapi malangnya mereka pun nak bertanding di sana dengan meletakkan calon PAN dan dari situ kita nampak wujud tiga penjuru bukannya dari PAS kerana sejak tradisi kita bertanding menentang BN di sana,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PAS, Selasa.

Nasrudin berkata, memandangkan PAS kini tidak lagi mempunyai hubungan dengan Pakatan Harapan, parti Islam itu berhak untuk bertanding di semua kerusi asal mereka sebelum ini termasuk Parlimen Permatang Pauh.

Bagi pembahagian kerusi di seluruh negara, Nasrudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh memaklumkan bahawa perkara itu masih belum dimuktamadkan dan prosesnya akan selesai tidak lama lagi.

“Secara umumnya, kalau kita tak ada hubungan dengan parti lain, maka kita tidak terikat dengan mana-mana kerusi.

“PAS bukan masuk secara membuta tuli, (kerana) kita ada asas, kajian, dan sebagainya. Bukan main letak (calon) saja,” katanya.
Loading...
Back To Top