Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

MAMPUKAH MAT SABU SAINGI PAS DI SELANGOR

BUKAN lagi rahsia bahawa DAP menubuhkan Parti Amanah Negara(PAN) untuk mengantikan PAS dalam usaha mereka memanipulasikan agama Islam bagi memberi kelebihan kepada parti chauvanist tersebut.

Kita juga amat maklum bahawa kerajaan Selangor kini terpaksa bergantung kepada Ahli Dewan Undangan PAS untuk memerintah negeri milik DAP itu walaupun pada zahirnya Menteri Besar Selangor merupakan Azmin Ali dari parti PKR.

Perkara ini sudah tentu memberi tamparan hebat kepada DAP yang angkuh dan sombong memandangkan mereka telah memutuskan jalinan kerjasama dengan PAS yang berakhir dengan penghinaan dan kata-kata nista DAP terhadap parti tersebut.

Dendam DAP terhadap PAS dilihat masih menyala. Mereka cuba memastikan PAS berkubur di Selangor. Malah DAP juga mahu mengganggu negeri yang diperintah oleh PAS iaitu Kelantan dengan mengumumkan bahawa mereka bakal bertanding dua
Loading...
kerusi di negeri Serambi Mekah tersebut.

Baru-baru ini Presiden Amanah Mohamad Sabu menyatakan hasrat mahu bertanding di Selangor. Kita dapat meneka bahawa ini merupakan arahan daripada DAP. Memetik laporan portal pembangkang, PAN mahu meletakkan presiden mereka sebagai calon pilihan raya umum ke-14 di kerusi Parlimen Kota Raja dan DUN Taman Templer.

Persoalannya, adakah Mat Sabu mampu menempatkan Amanah sebagai pengganti PAS dalam kerajaan negeri Selangor? Para penganalisis politik berpendapat Mat Sabu tidak sesuai untuk rakyat di Selangor.

Beliau pernah menjadi ahli Parlimen pada 1990 apabila memenangi kerusi Nilam Puri. Seterusnya beliau menang di Parlimen Kubang Kerian (1995) dan Kuala Kedah (1999). Bagaimanapun beliau gagal mempertahankan kerusinya pada 2004 dan kalah dalam PRU 2008 dan 2013, di Kuala Terengganu dan Pendang.

Berdasarkan kepada prestasi PAN dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Kuala Selangor baru-baru ini, mereka dilihat tidak mungkin akan mendapat tempat di Selangor bagi menggantikan PAS pada PRU14 nanti.

Jika Mat Sabu mahu terus relevan dalam politik tanahair mungkin beliau perlu kembali ke Parlimen Kubang Kerian atau Kuala Kedah. Percaturan politik yang salah bakal meletakkan Mat Sabu sebagai ahli politik yang sentiasa ditimpa badi kekalahan secara berterusan.
Loading...
Back To Top