Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Lupakan perlaksanaan RUU355 jika PH perintah Perak

Rakyat terutama pengundi Melayu usah mimpi untuk melihat Rang Undang-Undang (RUU) 355 dapat dilaksanakan di Perak sekiranya Pakatan Harapan (PH) yang diterajui DAP memerintah negeri ini selepas PRU ke 14 nanti.

Sebagai alternatif rakyat perlu menolak  memberi mereka kemenangan sebalik mengundi calon-calon Barisan Nasional (BN) untuk terus kekal memerintah negeri Perak.

Ulasan ini dibuat Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Senator Datuk Hamzah Kassim (baju merah), yang berpendapat peluang pembangkang ditahap ini masih meleset gara-gara kegagalan mereka mendapatkan semula kerjasama  dengan
Loading...
PAS.

"Saya yakin PAS tidak akan bersetuju bekerjasama kerana apa yang kita lihat di Dewan Rakyat  dimana ketika kita hendak membawa cadangan RUU355 Mahkamah Syariah untuk diperkasakan masih tergantung.

"Saya bimbang kita mungkin tidak mendapatkan cukup bilangan undi untuk meluluskan rang undang-undang ini... saya pasti PAS pun memahami kaedah ini.

"Kita sebut mengenai perjuangan bangsa, agama dan negara tetapi kalaulah dalam kaedah rang undang-undang ini pun kita tidak dapat meluluskan, apa guna kita berjuang?.

"Jadi saya sarankan orang Melayu supaya sedari perkara ini sekiranya pembangkang dapat perintah lagi Perak maka kuasa pemerintahan itu adalah kuasa DAP... usah mimpilah melihat RUU355 itu dilaksanakan.

"Yang penting sekarang kita harus menentukan BN terus memerintah supaya agama Islam dipelihara, keamanan negara dijaga dan kesejahteraan rakyat kekal berterusan,’’ katanya pada media selepas majlis penyempurnaan ibadat korban 12 ekor lembu di Masjid Ibnu Salam, Kampung Pengkalan Pegoh, Lahat baru-baru ini.
Loading...
Back To Top