Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kebimbangan Anwar apa jadi PKR tanpa sokongan PAS....Terkubur layu lah Harapkan Undi Kaum Cina Saja Kalau INi Kalilah

Meneliti kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai hubungan PKR dengan PAS, tampak bekas ketua pembangkang itu gelisah apa akan jadi kepada PKR tanpa sokongan PAS.

Beliau tidak dapat menyembunyikan harapan agar PKR meneruskan kerjasama dengan PAS tetapi tetap berada dalam kerangka komitmen PKR dengan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Umum PKR itu berpendapat, isu kerjasama itu perlu ditangani kerana jika berlarutan ianya akan menimbulkan kekeliruan terutama dikalangan ahli-ahli parti.

“Saya telah meneliti kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, dan ahli-ahli yang melahirkan keresahan kerana corak cadangan kerjasama PKR dengan PAS yang dianggap samar dan berlarutan tanpa dimuktamadkan.

“Keadaan sedemikian dianggap mengelirukan dan dikhuatiri akan menjejaskan muafakat Pakatan Harapan. Pimpinan Pakatan juga telah menjelaskan pendirian menolak kerjasama dengan PAS.

“Namun saya perlu menjelaskan bahawa komitmen PKR teguh dan kukuh bersama Pakatan sepertimana yang dizahirkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak awal lagi,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Menurut beliau lagi, apa yang diusulkan dan dipersetujui Biro Politik sebelum ini adalah tidak memusuhi PAS dan mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan tiga penjuru.

Ujarnya, pertimbangan yang dibuat parti adalah menggembleng seluruh kekuatan dalam menghadapi BN pada PRU14.

“Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang diminta menerajui inisiatif ini sedar bahawa yang
Loading...
disarankan adalah strategi nasional dan tidak terbatas kepada Selangor sahaja.

“Wajar ditegaskan semula bahawa ikhtiar PKR adalah bagi menjernihkan suasana dan merangkul kekuatan rakyat,” katanya.

Jelas, kenyataan Anwar bagi meredakan kekeliruan dikalangan pemimpin PKR dan PAS selepas PH sepakat meminta Azmin menamatkan rundingan kerjasama dengan PAS.

Sebenarnya, Anwar sedang kedudukan PKR terutama di Selangor akan goyah tanpa sokongan PAS.

Beliau tahu atas sebab itulah Azmin masih berharap PKR dapat berundingan dengan PAS dalam usaha mengelak pertembungan tiga penjuru pada PRU 14.

PKR tidak boleh berharap kepada DAP dan PAN bagi meneruskan kuasa mentadbir Selangor kerana sekutunya itu boleh melakukan kejutan dengan meminta kerusi Menteri Besar sekiranya DAP dan PAN menguasai lebih kerusi berbanding PKR.

Ini boleh berlaku kerana DAP diura-urakan akan meletakkan calon Melayu di Selangor pada PRU 14 bagi membolehkan parti itu mempunyai wakil dipilih sebagai menteri besar.

Lagipun, jika berlaku pertandingan tiga penjuru, PAS tentu akan bertanding di kerusi milik PKR dan PAN selain menentangan calon Barisan Nasional.

Justeru itu, kebimbangan Anwar berasas dan dalam nada berlapik demi menjaga hati pemimpin DAP dan PAN, beliau masih berharap PKR dan bekerjasama dengan PAS.

Anwar dalam masa sama turut mengakui keadaan sekarang lebih rumit dan mencabar kerana PAS telah mengambil keputusan untuk tidak menyertai PH.

Akan tetapi, katanya lagi, PKR tidak semestinya harus memutuskan hubungan dengan PAS selagi ada kesediaan di pihak Pas untuk meneruskan perbincangan.

Kerana itu juga Anwar tidak menghalang sebarang penjelasan dari pimpinan PKR untuk meluruskan kekeliruan yang timbul, termasuk dalam isu RUU 355.

Apatah lagi lagi, Anwar yang mahu dipilih sebagai Perdana Menteri tahu tanpa sokongan PAS, impian itu akan terus terkubur bersamanya yang masih dalal belenggu tembok besi.
Loading...
Back To Top