Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Ini cerita sebenar bab pesta arak di Selangor…polis tetap tidak lulus

Silap haribulan boleh naik mabuk dengar cerita bab isu usaha nak menganjurkan pesta arak di Selangor.

Apa tidaknya kalau orang yang berjawatan Exco Kerajaan Negeri dari DAP sendiri tenggelam punca bagi kenyataan yang mengelirukan mengenainya.

Ketika wujudnya bantahan pelbagai pihak mengenai cadangan penganjuran pesta arak di Centro Mall di Klang pada 12 dan 13 Oktober ini, Exco Pelaburan Perindustrian (IKS), Perdagangan dan Pengangkutan Selangor, Datuk Teng Chang Khim Jumaat beri gambaran kelulusan sudah dapat.

Beliau dilaporkan berkata pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan polis telah beri kelulusan penganjuran “Centro Mall German F&B Festival” itu.

Katanya pesta itu boleh jalan dengan syarat penganjur mematuhi peraturan dan undang-undang.

Sebaliknya kedudukan sebenar menjadi jelas Sabtu bila Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan menafikan pihaknya ada memberi sebarang kelulusan untuk pesta arak itu.

Beliau menegaskan jika ada pihak dakwaan ada kelulusan polis untuk pesta itu maka surat itu adalah palsu.

Katanya polis tidak akan meluluskan sebarang aktiviti serta pesta
Loading...
seumpama itu selari dengan arahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mengenainya.

Selain itu Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sendiri kata polis akan ambil tindakan tegas sekiranya pesta arak itu diteruskan.

Beliau memberitahu polis memperolehi maklumat risikan terdapat pihak yang hendak lancar serangan keatas pesta itu.

Mazelan Paijan menjelaskan pihak Polis Klang Utara hanya memberi ulasan kepada satu permohonan lesen hiburan untuk majlis yang dirancang dianjurkan di bangunan Centro Mall di Klang, bukan untuk penganjuran pesta arak.

Ia berikutan surat diterima daripada MPK memohon ulasan bagi satu permohonan lesen hiburan di bawah kategori pertunjukan wayang, karaoke, pentas dan lounge.

"Polis memberi sokongan atas tajuk lain (bukan untuk Oktoberfest) kerana tanggungjawab polis hanya menyokong atau tidak sesuatu permohonan," katanya dalam satu kenyataan.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya membenarkan penganjuran festival berkenaan selepas penganjur mematuhi syarat ditetapkan.

Antara syarat itu, penganjur perlu mendapatkan lesen menyediakan minuman keras daripada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling serta pengesahan polis, selain tidak membenarkan orang Islam menghadirinya.

Sebelum ini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menolak permohonan penganjuran 'Better Beer Festival 2017' pada 6-7 Oktober ini.

DBKL menerima permohonan daripada pihak penganjur pada 28 Ogos untuk menjalankan aktiviti tersebut di Solaris Damansara dari pukul 2 petang hingga 11 malam.
Loading...
Back To Top