Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Dr M enggan minta maaf, anggap ia perkara kecil...Dasar Tak Sedar Diri Atas Kepentingannya

SHAH ALAM: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan, ungkapan maaf bukan perkara yang perlu diutamakan pada masa kini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, rakyat kini perlu melihat dalam kerangka yang lebih besar di mana matlamat utama gabungan itu adalah untuk menggulingkan kerajaan sedia ada pimpinan Datuk Seri Najib Razak.  

"Sekarang ini kita menentang seorang lelaki yang memusnahkan negara. Adakah anda ingin mengatakan, sebelum anda berbuat demikian, anda tolong katakan 'Saya minta maaf'? Saya fikir ini terlalu kecil untuk dipertimbangkan.

"Sekarang, matlamat kami adalah untuk bersatu dan menggulingkan (kerajaan) kleptokrat kerana dia memusnahkan negara ini," katanya dalam  program interaktif bersama pelayar sebuah portal yang disiarkan secara langsung sebentar tadi.

Program itu turut menampilkan pemimpin yang pernah menjadi seteru Dr Mahathir, iaitu Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendapat sebilangan rakyat negara ini yang enggan memberikan sokongan kepada PH selagi mana dua pemimpin berkenaan enggan meminta maaf atas perkara yang dilakukan dan diperkatakan sebelum ini.

Pemimpin Parti
Loading...
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu malah cuba menutup persoalan isu 'maaf' itu dengan meminta rakyat melihat kepada perkara yang menjadi permasalahan pada ketika ini, khususnya skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  

"Kita berhutang sejumlah besar wang yang tidak dapat kita bayar dan dasar perpecahan dan pemisahannya, memisahkan orang Melayu daripada orang Cina supaya dia mendapat sokongan orang Melayu...memusnahkan perpaduan rakyat.

"Jadi, (adakah) kita mahu mengatakan, sehingga Dr Mahathir berkata 'maaf', kita tidak mahu melakukan apa-apa. Atau adakah kita ingin menyelamatkan negara ini dari tangan yang jahat?," ujarnya lagi.

Jangan ungkit masa lalu

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai kerjasama yang digerakkan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, individu yang pernah dipecatnya dua dekad lalu, jawab Dr Mahathir, 'kalau ungkit sejarah lalu, sehingga bila-bila kita akan jadi musuh'.

Parti pimpinannya iaitu PPBM kini merupakan sebahagian daripada gabungan PH, yang turut disertai parti pimpinan Anwar iaitu PKR, bersama Amanah dan DAP.

"Apa yang berlaku kepada kami, permasalahannya kecil.

"Untuk kerajaan kini ditewaskan, pembangkang perlu bersatu. Ia telah ditunjukkan bahawa parti tunggal tak boleh tumbangkan gabungan besar daripada 13 parti. Jadi kita kena bersama. Pada masa ini, kami akui kami ada perbezaan dulu. Saya fikir beliau sanggup lupakan, saya juga lupakan.  

"Dalam politik, kita perlu terima diberi gelaran. Pada saya ia bukan menyakitkan hati, saya pun tak balas sebelum ini. Sekarang ini saya fikir inilah masa untuk gulingkan kerajaan kleptokrat dan ia melebihi segalanya," katanya lagi.
Loading...
Back To Top