DAP merupakan top dog (parti berkuasa) sebenar bagi Pakatan Harapan dengan Penasihatnya, Lim Kit Siang disifatkan sebagai pemimpin de facto pembangkang yang membuat segala keputusan dalam gabungan pakatan tersebut.
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad turut menyifatkan tindakan itu sebagai strategi Ali Baba yang mana meletakkan orang Melayu di hadapan, namun kuasa sebenar berselindung di balik tabir.
“Bagaimanapun, orang Melayu kini mula membenci taktik kotor parti itu kerana menghina mereka. Mengapa DAP dan Kit Siang masih bermain helah ini? Adakah kerana pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam

Loading...
Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu semakin merosot sehingga mereka memerlukan seorang tokoh Melayu baharu berada di hadapan untuk memimpin mereka?
“DAP dan Kit Siang sedar bahawa orang Melayu tidak akan menyokong mereka secara langsung, jadi daripada mempercayai rakan-rakan seperti Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail daripada PKR atau Mohamad Sabu daripada PAN, mereka memilih untuk membentuk sekutu baharu dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mereka juga mengetahui Dr. Mahathir tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang serta PPBM hanya mempunyai satu kerusi di Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Tengku Sharifuddin, keputusan DAP menyokong Dr. Mahathir untuk memimpin Pakatan Harapan disifatkan sebagai penghinaan terhadap PKR dan PAN.
“DAP dan Kit Siang menyatakan keputusan itu berdasarkan pengalaman dan gravitas Dr. Mahathir, namun tindakan ini jelas menunjukkan hipokrit memandangkan sebelum ini parti itu pernah menganjurkan gerakan reformasi menentang bekas Perdana Menteri tersebut.
Utusan