Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

AMANAH MAHU PIHAK BERKUASA KAJI SEMULA AMALAN ‘BIN ABDULLAH’...HABIS NAK BUBUH BIN KAN SAPA?

Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa pihak berkuasa kembali mengkaji keputusan larangan anak tidak sah taraf dibinkan dengan nama bapa kandung dengan mendapatkan maklum balas dan pandangan ‘pakar undang-undang Tuhan’.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata keputusan yang dibuat ulama terdahulu dalam banyak aspek boleh dikaji semula bagi mendapatkan kaedah terbaik dalam menanggani beberapa isu, sesuai dengan situasi semasa.

Katanya, sifat tertutup sebahagian umat Islam untuk mengkaji pandangan ulama terdahulu disebabkan khuatir dituduh melanggar hukum Tuhan menyebabkan perbincangan ilmiah berkaitan banyak perkara tersebut tidak dibuat.

“Umat Islam perlu faham ada banyak aspek keputusan dibuat ulama dahulu yang kita boleh kaji semula hari ini kerana ini ialah pendapat mengenai cara terbaik menangani situasi tertentu.

“Apa yang kita hadapi hari ini ialah pendapat dahulu yang dilihat sesetengah umat Islam sebagai hukum Tuhan dan anda tidak boleh kaji semula atau membincangkannya.

“Apa sahaja keputusan mereka buat ketika itu berdasarkan keadaan tertentu dan ini tidak menimbulkan masalah dalam masyarakat. Ternyata, tiada situasi ideal, tetapi anda pertimbangkan dan lihat pilihan mana yang kurang bermasalah,” katanya kepada sebuah portal berita.

Khalid turut mempersoalkan hujah beberapa pihak yang mendakwa tindakan melarang membinkan anak tidak sah taraf dengan nama bapa kandung dibuat bagi menghalang umat Islam daripada berzina.

“Sejauh
Loading...
mana tindakan tidak membenarkan anak-anak ini dibinkan nama bapa kandung mereka dapat menghalang orang daripada berzina?

“Jika ia bukan langkah pencegahan, maka alasan di sebalik amalan itu lemah dan bukan sahaja tidak mencapai objektif, anda akhirnya menjadikan kanak-kanak tidak bersalah sebagai mangsa.

“Ini sebabnya ia perlu dibincangkan dan kita harus mengenal pasti apa itu hukum Tuhan dan apa itu pendapat,” tegasnya lagi.

Tambah Khalid, sebarang keputusan yang dibuat ulama terdahulu berdasarkan kepada pandangan pakar undang-undang yang memikirkan masyarakat ketika itu.

Katanya, disebabkan berlakunya peredaran zaman, maka umat Islam seharusnya bersedia untuk meneliti semula pandangan ulama terdahulu agar kemaslahatan ummah pada masa kini turut terjamin bersesuaian dengan perubahan yang berlaku.

“Apa yang dilakukan dahulu berdasarkan objektif untuk mencapai manfaat umum yang lebih baik buat masyarakat ketika itu.

“Cara terbaik menangani sesuatu situasi dahulu, tidak semestinya kaedah terbaik untuk mencapai objektif ketika ini.”

Polemik mengenai larangan membinkan anak tidak sah taraf dengan nama bapa kandung menjadi perhatian umum selepas Mahkamah Rayuan, Julai lalu, memutuskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertindak di luar kuasanya mendaftarkan seorang bayi Islam yang lahir dalam tempoh enam bulan perkahwinan ibu bapanya dengan membinkan kepada nama “Abdullah”.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Rahman Sebli dilaporkan berkata, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 tidak membezakan kanak-kanak Islam dan bukan Islam.

Walau bagaimanapun, pada 21 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan penangguhan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sementara menunggu permohonan Majlis Agama Islam Johor untuk mencelah dalam rayuan JPN terhadap keputusan mahkamah rendah yang memihak kepada pasangan dari Johor itu.
Loading...
Back To Top