Lawak memang lawak.Ini bukan fitnah atau cerita yang dicpita oleh Barisan Nasional untuk conteng arang dimuka puak pembangkang.
Satu Malaysia tengah syok menyaksikan gelanggang saling londeh dan selak yang dibuka oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Ahli Majlis Pimpinan PKR Latheefa Koya.
Kedua mereka dikenali sebagai ayam sabung PKR - seorang pengatur segala macam strategi parti dan seorang lagi kaki bercakap.
Dengar cerita kalangan orang PKR sendiri jenuh cari lubang cacing untuk sorok muka kerana malu dengan cerita pertikaian terbuka antara mereka berdua.
Siapa sangka masih ada dendam yang membara dan belum beres antara orang besar PKR gara-gara gerakan ' Langkah Kajang' pada tahun 2014 yang menyaksikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kena tendang oleh partinya sendiri.
Ingat lagi semasa episod itu bermula semua pimpinan PKR nampak seolah bersatu hati membuat kenyataan yang indah-indah belaka untuk 'mengsucikan' gerakan itu dimana Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail diletak bertanding dalam pilihanraya kecil di Kajang.
Ini selepas wakil rakyat masa itu Lee Chin Cheh letak jawatan untuk beri laluan dengan rancangan asal untuk untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan menjadi Menteri Besar Selangor.
Anwar tidak boleh bertanding kerana ada kaitan dengan kes liwat di mahkamah dan akhirnya Wan Azizah jadi bidan terjun bertanding.
Bagaimanapun langkah itu kantoi bila Istana Selangor menolak pencalonan Wan Azizah dan bulan

Loading...
jatuh ke riba Datuk Seri Azmin Ali yang kemudiannya dilantik ke jawatan itu.
Langkah Kajang dikatakan satu kesilapan besar PKR kerana ia bukan saja mencetuskan pertikaian dalaman malah ia menjadi punca utama keretakan hubungan dengan PAS yang menentang usaha singkir Khalid.
Arkitek Langkah Kajang tidak lain tidak bukan ialah Rafizi.
Semua orang PKR tahu Rafizi dan Latheefa Koya selalu berlaga angin dan tidak dalam satu kem.
Latheefa Koya juga diketahui adalah penyokong Azmin manakala Rafizi tidak.
Aneh..tapi ini cerita benar.Ramai pemerhati politik yang hairan melihat gelagat Rafizi yang kebelakangan ini galak membuat kenyataan panjang yang mendedahkan pekong dalam parti itu ekoran kehangatan isu usaha Azmin hendak terus berunding mengurat kerjasama PAS.
Rafizi nampak tidak gemar usaha itu dan mau satu kongres khas adakan bagi membolehkan ahli parti membuat keputusan rasmi mengenainya.
Ini dikatakan mendorong Anwar ' muncul dari penjara' membuat kenyataan mengakui beliau yang meminta Azmin menerajui usaha itu untuk elak pertandingan tiga penjuru masa PRU14.
Isu tidak berhenti di situ.Bekas bos Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan turut masuk daun komen kata beliau bimbang pada kemungkinan pertandingan tiga penjuru.
Rafizi telah bikin Latheefa Koya angin satu badan bila mendakwa Ambiga ada main peranan dalam usaha singkir Khalid.
Khamis... Latheefa Koya tembak Rafizi kaw-kaw menerusi tulisan di laman facebooknya.
Membaca tulisanya mendedahkan bagaimana cacamarba pergelutan dalaman PKR semasa Langkah Kajang.
Jika betul dakwaannya...kita boleh faham mengapa PAS cukup marah dengan Langkah Kajang yang membawa keretakan hubungan.
Kini semua orang tunggu apa pula jawapan Rafizi pada dakwaan itu yang gambarkan strateginya Langkah Kajang bukan saja kamtoi tetapi pencetus pelbagai masalah dalaman.