Sebahagian pemimpin PKR terus menggunakan 'pintu belakang' untuk memujuk PAS agar berkerjasama dengan PKR dalam pilihanraya umum ke 14 ini.
Walaupun ada kenyataan bahawa Pakatan Harapan tidak akan berkerjasama dengan PAS, namun diam-diam ada juga yang tidak mengendahkan arahan tersebut dan mengatur 'strategi dalam gelap'.
Ini boleh difahami kerana PKR yang merupakan parti campuran sudah pasti akan hilang banyak kerusi jika penyokong PAS tidak mengundi parti tersebut.
Ambil senario mudah... di Parlimen Gombak, jika pengundi PAS di DUN Gombak Setia tidak mengundi Datuk Seri Azmin Ali dan mengundi calon PAS dalam pertandingan tiga penjuru dengan BN, atas kertas pun Timbalan Presiden PKR itu akan kalah.
Ketika PRU13, Azmin mempertahankan Parlimen Gombak dengan memperoleh 54,287 undi menewaskan calon BN Datuk Dr Rahman Ismail yang memperoleh 50,093 undi.
Seorang lagi calon bebas Datuk Paduka Said Nazar (Bebas) mendapat 474 undi.
Azmin menang dengan majoriti hanya 4734 undi daripada lebih 100,000 pengundi.
Di DUN Batu Caves pada PRU13, Amirudin Shari (PKR) menang dengan majoriti 3261, di DUN Hulu Klang PAS menang dengan majoriti 2881 manakala di DUN Gombak Setia PAS menang dengan majoriti 1681. Ini belum kira jentera pilihanraya dan kempen BN lagi.
Kata mudahnya Azmin boleh 'lemas' jika pengundi-pengundi PAS di tiga DUN tersebut tidak mengundi PKR kerana mengundi calon PAS.
Sebab itu dalam ramai-ramai pemimpin PKR... Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa dan

Loading...
Menteri Besar Selangor bimbang jika beliau 'disapu bersih' dalam PRU ke 14.
Azmin tahu PAS yang mempunyai kekuatan akar umbi dan jentera pilihanraya yang berdisiplin kerana sudah berapa kali PRU dan PRK, Azmin sering menggunakan khidmat jentera PAS untuk memasang bendera dan merayu undi.
PKR, PAN, PPBM mahupun DAP tidak mempunyai jentera pilihanraya yang terlatih dan berdisiplin.
Itu yang merungsingkan hati Azmin dan menyebabkan beliau diam-diam mahu menggunakan 'pintu belakang' untuk berunding dengan PAS.
Bagaimanapun... PAS menetapkan syarat agar PKR menarik dahulu semua tuduhan terhadap parti tersebut sebelum mahu berunding semula dengan mereka.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, mempersoalkan mengapa PKR mahu berunding semula selepas menyerang PAS dan Presiden parti itu.
Katanya, perkara itu menimbulkan banyak tanda tanya.
"Setakat ini, tidak ada sebarang perbincangan dengan PKR. PAS kekal seperti keputusan sebelumnya iaitu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.
"Kita akan bertegas dengan agenda Islam bagi menyelamatkan negara," katanya mengulas kemungkinan PAS dan PKR akan berunding semula menjalinkan hubungan kerjasama untuk PRU-14.
Baru-baru ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam suratnya mahu hubungan PKR dengan PAS diteruskan selagi parti Islam itu bersedia untuk meneruskan perbincangan.
Pada minggu lalu, pakatan pembangkang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PAS. Keputusan itu dibuat sebelum kenyataan Anwar dikeluarkan.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, memilih untuk senada dengan pendirian Anwar.
Ditanya sama ada PAS bersedia berunding jika PKR bertegas mahu menjalinkan kerjasama, Mohd Khairuddin berkata; "Berkahwin tak boleh seorang atau bertepuk sebelah tangan. Selepas menyerang PAS dengan pelbagai tuduhan, tiba-tiba hendak berunding?.