Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Tengku Razaleigh yakin serangan pembangkang tidak lemahkan BN…Hidup BArisan Nasional

Loading...
Sebagai orang lama yang pernah lalui perbagai liku dalam politik tanah air pandangan Tengku Razaleigh Hamzah sentiasa mencuri perhatian.

Apa komen Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang ini mengenai serangan berterusan puak pembangkang dalam pelbagai isu dalam cubaan mereka untuk conteng arang keatas BN menjelang pilihanraya umum ke 14.

Ditemui wartawan selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati di Gua Musang , Sabtu,beliau tidak nampak usaha mereka boleh gugat BN.

Tengku Razaleigh kata pelbagai isu yang dibangkitkan pembangkang berhubung pentadbiran negara pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak akan melemahkan BN.

Beliau berpendapat  ini kerana rakyat tidak mudah terpengaruh dengan isu-isu berkenaan yang disifatkannya sebagai perkara biasa dalam politik.

"Saya rasa tidak ada suatu (isu) yang boleh menggugat sokongan rakyat terhadap BN...lagi pun rakyat bijak menilainya," katanya.

Bekas Menteri Kewangan itu mengakui rakyat merasai kesan daripada kenaikan harga barang namun, perkara itu tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak BN pada PRU14 nanti.

Menurutnya BN mempunyai kekuatan tersendiri sejak dahulu lagi dan tidak pernah tergugat walaupun berdepan dengan pelbagai isu setiap kali menjelang pilihan raya umum.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh mengingatkan jentera BN supaya terus bekerja keras dan mengatur strategi berkesan supaya rakyat memberikan sokongan penuh kepada gabungan parti itu.

"Kerajaan Persekutuan pimpinan BN sudah banyak membantu rakyat termasuk penduduk di luar bandar walaupun mereka berdepan dengan tekanan ekonomi. Kita yakin rakyat akan membalas jasa dengan terus memberikan sokongan kepada BN," katanya.
Loading...
Back To Top