Kelam kabut dalam PKR merebak daripada atas ke bawah... bukan sahaja melibatkan pemimpin pusat, bahkan pemimpin negeri juga.
Hal ini selepas Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir, tidak mengiktiraf pelantikan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan yang baharu yang dilantik AMK Pusat.
Ab Aziz beranggapan pelantikan Ketua AMK Tumpat, Mohd Khairul Amin Abd Rahman, sebagai Ketua AMK Kelantan, bagi menggantikan Dr Mohd Hafidz Rizal Amran yang dipecat Isnin lalu, tidak dibuat melalui proses yang wajar.
Ketua AMK Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang bertanggungjawab melantik Mohd Khairul Amin, dianggap melakukannya secara tidak demokratik.
Loading...
display: block; margin: 0px; padding: 0px;">
"Mengikut perkara 14.4 Peraturan Tetap AMK Malaysia, jelas menyebut pelantikan ketua AMK negeri hendaklah dirunding bersama ketua AMK cabang dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.
"Malangnya, Nik Nazmi gagal melaksanakan proses ini dan oleh yang demikian, saya dengan ini tidak mengiktiraf pelantikan Ketua AMK Kelantan yang baharu," katanya dalam satu kenyataan media.
Berikutan itu, katanya, beliau selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan, melantik Dr Mohd Hafidz Rizal sebagai koordinator untuk sayap AMK Kelantan.
Beliau turut menggesa semua AMK cabang di negeri ini memberikan kerjasama dan bekerja sebagai satu pasukan.
Pada Isnin lalu, Dr Mohd Hafidz dipecat melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar oleh Nik Nazmi pada jam 9 pagi tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
Sementara itu, Mohd Khairul Amin mengesahkan beliau dilantik sebagai Ketua AMK Kelantan yang baharu pada Isnin lalu oleh Nik Nazmi
"Saya juga menyambut baik keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang menegaskan bahawa tiada sebarang hubungan politik dengan PAS di peringkat pusat mahupun di negeri Kelantan," katanya.
Loading...