Tukang jahit berusia 45 tahun ini dilahirkan tanpa tangan. Namanya Madan Lal. Dia menghadapi banyak kesukaran semasa kecil antaranya tidak dibenarkan masuk ke sekolah kerana kecacatannya. Dia bercita-cita untuk menjadi tukang jahit tetapi tiada siapa yang sudi mengajar lelaki yang tiada tangan. Kini dia berjaya menjadi tukang jahit profesional dan mempunyai sebuah kedai di perkampungannya.