Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Najib dimohon SERAH KUASA dengan baik APABILA KALAH PRU14 kelak

Gambar Hiasan Semata-Mata
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memastikan peralihan kuasa yang baik sebaik sahaja Umno BN tewas dalam pilihan raya umum akan datang.
Seruan itu dibuat presiden KEADILAN tersebut sebagai maklum balas kepada kenyataan Najib yang memburuk-burukkan pembangkang pada satu majlis bersama pelabur asing hari ini.

Saya ingin mencadangkan agar Datuk Seri Najib tidak memperlekeh
Loading...
kekuatan dan iltizam Pakatan Harapan dalam membina Malaysia yang lebih baik.
“Sebaliknya, beliau perlu mengumumkan bahawa beliau bersedia menerima kehendak rakyat dan memastikan peralihan kuasa yang baik sekiranya Pakatan Harapan pilihan raya umum ke-14 nanti,” katanya dalam kenyataan.
Najib hari ini mengkritik kerajaan Selangor di bawah pimpinan KEADILAN iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyaksikan PAS, KEADILAN dan DAP masih bergabung walaupun tiada kerjasama politik rasmi dengan PAS.
Menurut Wan Azizah, kenyataan Najib yang dibuat pada acara bukan politik itu memberi petanda akan ketakutan beliau terhadap kemungkinan hilang kuasa.
“Kenyataan Datuk Seri Najib hari ini menunjukkan betapa takutnya beliau sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14, maka para kleptokrat dan perompak wang rakyat akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya. http://ift.tt/1jwUgax
Loading...
Back To Top