Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Fakta tentang Rabies





TENTANG RABIES YANG ANDA PERLU TAHU.

Kita digemparkan lagi dengan kes rabies yang meragut nyawa di Sarawak. Berpuluh ribu vaksin mula digerakkan ke Sarawak bagi menghadapi kemungkinan berlaku penularan wabak secara besar-besaran. Tahniah Kerajaan Malaysia dan doktor di Sarawak.

Jangan panik, ambil masa untuk baca fakta tentang rabies ini.

1. Rabies adalah jangkitan virus yang 99% adalah disebabkan jangkitan melalui gigitan juga cakaran anjing yang dijangkiti virus ini. Ia turut dikenali sebagai penyakit anjing gila. Minoriti kecil disebabkan haiwan lain termasuklah kelawar.

2. Dulu, seseorang yang dijangkiti rabies hampir pasti akan mati. Namun, peratus untuk terkena jangkitan ini adalah berbeza dari satu individu ke satu individu lain. Pemberian vaksin selepas terdedah kepada virus ini adalah efektif. Akan tetapi, yang menjadi masalah adalah bekalan vaksin yang mencukupi. Majoriti kematian berlaku dalam golongan kanak-kanak.

3. Seperti yang diterangkan, risiko dijangkiti rabies adalah tinggi jika digigit anjing tersebut. Risiko sederhana jika dicakar dan tidak berisiko jika dijilat dengan syarat seseorang itu tidak mempunyai luka pada kulit. Ini kerana, rabies merebak apabila air liur anjing yang dijangkiti masuk ke tubuh manusia. Memakan daging haiwan yang dijangkiti rabies harus dielakkan sekalipun tiada bukti bahawa ia berjangkit melalui kaedah itu.

4. Seseorang yang mempunyai rabies secara teorinya boleh menyebarkan rabies dengan menggigit individu lain. Sama macam cerita zombi. Auw auw takutnya. Tapi ini secara teori ja. Belum dibuktikan.

5.Kalau dulu, anjing akan ditembak mati jika berlaku wabak rabies. Kini, gerakan pencinta haiwan mula menentang amalan ni. Kata mereka, nyawa anjing lebih bernilai. Hurm. Tapi, rabies boleh dicegah dengan cara memberi vaksin kepada anjing dan mengelakkan diri dari digigit atau dicakar anjing. Jadi, terpulang kepada pandangan anda dalam isu ini.

Loading...
data-original-width="960" height="300" src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_sWQwJKvH6V0Noe8F3thchq7EHzWsiF5VCjxgTBvH9EzDMh_nfy3lVGR7NOZnIM6gOdkFQS_3AB1w=s0-d" width="400">

6. Apabila seseorang dikesan mempunyai rabies, ada kalanya sudah terlambat untuk menjalankan program vaksinasi terhadap anjing secara meluas. Ini kerana, seseorang yang dijangkiti kuman ini tidak akan terus menunjukkan gejala jangkitan rabies. Gejala rabies berlaku antara 1 minggu hingga satu tahun (majoriti 1-3 bulan) selepas terdedah pada virus ini. Mereka akan mula mendapat demam, rasa sakit dan kebas anggota tubuh dan jangkitan seterusnya merebak ke saraf tunjang dan otak.

7. Pesakit rabies boleh menunjukkan gejala zombi atau mayat. Itu adalah istilah yang saya wujudkan sahaja. Secara lebih tepat, ganas dan lumpuh. Mereka yang ganas akan mendapat kegelisahan, keresahan, berubah tingkah laku, fobia terhadap air atau udara segar dan bertindak ganas. Golongan ini paling ramai mati. 30% pesakit rabies mendapat gejala lumpuh bermula dari kawasan setempat yang digigit sehinggalah lumpuh seluruh badan dan koma. Kematian berlaku selepas koma.


8. Jika anda melihat anjing di sekitar kawasan anda berkelakuan pelik, sila lakukan langkah-langkah ini.

A. Laporkan kepada Jabatan Haiwan.

B. Bawa anjing peliharaan untuk diberi suntikan vaksinasi mencegah rabies.

C. Jauhkan diri dari anjing itu bagi mengelak dari dicakar atau digigit.

D. Segera membasuh tangan atau anggota badan yang digigit atau dicakar dengan air yang banyak dan sabun. Penggunaan sabun mengandungi antiseptik adalah digalakkan.

D. Segera berjumpa doktor untuk penilaian samada memerlukan suntikan vaksin atau terapi menggunakan terapi imuniti (immunoglobulin).

E. Berdoa kepada Tuhan agar anda selamat.

F. Minta kepada teman-teman dan kenalan untuk berdoa kepada anda. Minta kawan Facebook pun boleh walaupun kau tak pernah jumpa di alam nyata dan kau acah kenal mereka sahaja. Untunglah kalau artis nak doakan kau sekali. Boleh cuba.

G. Perhatikan gejala-gejala ganas atau lumpuh yang berlaku pada diri anda dan maklumkan kepada pihak doktor.

9. Juga, boleh baca kenyataan rasmi dari DG Malaysia di link ini:
10 . Selamat berjaya dan sama-sama kita doakan agar saudara kita di Sarawak sihat sejahtera. Siapa marah kalau abang suruh berdoa, dia bangang. Siapa sebar dakyah anti vaksin, dia pun bangang. Ok, bai.

Sumber Penulis Yang benar, Dr Jacknaim a. k. a Dr Muhamad Na'im Ab Razak (M. D USM)

Loading...
Back To Top