Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

MEMANG MAHATHIR DAN NAJIB TAK SAMA, HANYA MAHATHIR YANG MENGKAYAKAN ANAK-ANAK

CAKAP memang mudah, begitu juga dengan kenyataan yang sekadar berbentuk sinis dan sindiran. Ianya tidak memerlukan fakta yang konkrit sekadar mengeluarkan kenyataan “pedas” untuk menutup segala salah laku diri sendiri.Rakyat Malaysia sudah maklum dengan gaya percakapan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr mahathir Mohamad yang sering mengunakan pendekatan sinis dan sindiran apabila beliau menemui jalan buntu dalam isu yang perlu beliau tangani.

Baru-baru ini, Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak boleh dibandingkan dengan bekas anak didiknya, Datuk Seri Najib Razak.

“Jangan bandingkan saya dengan Najib. Saya membenarkan banyak perkara untuk dilaksanakan walaupun terdapat orang yang mencabar saya dalam parti saya.

“Najib memecat
Loading...
orang. Sesiapa yang tidak bersetuju dengan beliau, akan diusir,” kata Dr Mahathir dalam satu temubual bersama Financial Times.

Dr Mahathir berkata demikian selepas wartawan Financial Times yang menemubualnya cuba memberitahu bahawa beliau melakukan perkara sama ketika menjadi perdana menteri.

Dakwaan itu dinafikan Dr Mahathir. Namun semua pihak tahu bahawa Mahathir memecat tiga Timbalan Perdana Menteri pada era beliau iaitu Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mungkin alasan yang digunakan membuatkan kita tertipu namun bagi mereka yang arif berkenaan “sepak terajang” politik, mereka faham bahawa semua perkara tersebut menjurus kepada maksud dan niat yang sama.

Segala tuduhan dan fitnah Mahathir terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan 1MDB, dengan wang RM2.6 bilion didakwa didepositkan ke akaun peribadinya terbukti hanya fitnah jahat semata-mata.

Malah semua pihak tahu bahawa dengan bantuan dan kedudukan Mahathir, beliau telah berjaya mengkayakan anak-anak beliau sehingga tersenarai sebagai antara orang yang terkaya di Malaysia sedangkan Mahathir bukan dari keluarga bangsawan ataupun keluarga jutawan. Memang banyak perbezaan diantara Mahathir dan Najib.
Loading...
Back To Top