Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Pilihan raya awal Selangor terpulang kepada Sultan, kata Hadi

Kemungkinan diadakan pilihan raya negeri awal di Selangor bergantung kepada perkenan Sultan, demikian kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Itu terpulang kepada Selangor. Selangor ada perlembagaan dia sendiri. Dia rujuk pada perlembagaan Selangor dan terpulang kepada Tuanku Sultan.

"Tuanku ada kuasa
Loading...
dia sama ada nak terima peletakan jawatan itu atau tidak. Tuanku ada hak dia. Itu perlembagaan Selangor mengikut apa yang saya faham," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan pilihan raya mengejut di Selangor selepas majlis pelancaran R2R di Jeti Marang di sini hari ini.

Awal minggu ini, khabar angin hangat menyatakan pentadbiran Selangor sedang goyah apabila sebuah blog mendakwa empat ADUN PKR bakal keluar parti untuk membentuk kerajaan campuran bersama dua lagi ADUN Bebas.

Keenam-enam ADUN itu kononnya menghadap Sultan Selangor petang semalam untuk menyatakan tidak lagi menyokong kepimpinan Azmin di Selangor.

Bagaimanapun, PKR menafikan khabar-khabar itu.
Loading...
Back To Top