Parti Cinta Sabah (PCS) telah mengumumkan keluar daripada Gabungan Sabah (USA) iaitu pakatan parti pembangkang tempatan Sabah.
Keputusan tersebut dibuat Majlis Tertinggi parti berkenaan selepas mendapati parti yang bergabung dalam USA tidak bersatu melakukan perubahan dengan sebahagiannya hanya mahu menjalin kerjasama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“PCS memutuskan kami tidak dapat mencapai kerjasama yang dimaksudkan dengan parti lain kerana tiada perpaduan dalam gabungan ini. “Selepas dibincangkan, kami membuat keputusan

Loading...
bahawa langkah terbaik bagi PCS, ahli parti dan rakyat Sabah yang mahu melihat perubahan ialah PCS berdiri sendiri dan dengan itu keluar dari USA,” kata Datuk Wilfred Bumburing, Presiden PCS. Tambahnya lagi, keadaan menjadi lebih rumit apabila ada pemimpin pembangkang dari luar USA tidak mahu berbincang dengan pemimpin parti dalam USA dan begitu juga sebaliknya sekaligus gagal menjadikan USA sebagai sebuah perikatan pembangkang yang kuat.
USA (United Sabah Alliance) kini hanya disertai Pakatan Harapan Sabah (Harapan) pimpinan Datuk Lajim Ukin; STAR Sabah pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Parti Maju Sabah (SAPP) yang diketuai Datuk Yong Teck Lee serta Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) yang dipimpin oleh Arshad Abdul Mualap.
Keluarnya PCS dari USA menepati ramalan ramai pihak, berikutan desas desus parti itu akan bekerjasama dengan parti yang dilihat lebih kuat seperti Parti Warisan Sabah pimpinan Shafie Afdhal, DAP serta PKR.