Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

PAN PERTAHAN KENYATAAN GUAN ENG BAHAWA PAS SESAT...KITA BUKAN TAK TAHU SAPA PAN INI

Walaupun secara terang-terangan parti rasis dan cauvinis DAP melakukan kesilapan, namun rakan sekutu parti itu seperti PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan berhabis-habisan mempertahankan parti di bawah pimpinan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang itu.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng secara jelasnya menganggap tindakan PAS yang mengisytiharkan DAP sebagai musuh utama parti itu dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan seolah-olah tindakan parti itu ingin berbaik dengan UMNO adalah sesat.

Namun, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin hari ini menempelak sikap sebilangan penyokong PAS yang katanya turut salah menafsirkan kenyataan Guan Eng itu.

Tulis beliau di laman facebooknya hari ini, beliau menyifatkan daripada komen-komen balas yang dilemparkan oleh beberapa pemimpin PAS sebagai “salah fahaman”.

“Daripada komen-komen itu saya rasa wujudnya persepsi salah memahami istilah sesat yang digunakan oleh LGE (Lim Guan Eng).

“Orang Arab kata ‘hukum kita ke atas sesuatu adalah cabang kepada tasawwur kefahaman kita atas sesuatu itu’. Ini maknanya jika tasawwur kefahaman kita atas sesuatu perkara itu salah ,maka kita juga akan tersalah hukum.

“Bila saya baca kenyataan LGE yang saya faham istilah sesat yang beliau gunakan tidaklah dalam konteks sesat dalam
Loading...
beragama yang selalu difahami sebagai ‘al-dholal’.

“Ia lebih kepada istilah ‘astray’ dalam bahasa Inggeris yang lebih kurang maknanya melencong atau tersasar,” kata Hanipa.

Menurut Hanipa, terdapat pemimpin PAS dari Pahang turut memberikan komen di dalam facebook mereka yang mengatakan, Guan Eng meminjam istilah Abu Jahal yang menuduh Nabi Muhammad SAW sesat dan pemimpin dari Kelantan yang cuba berlagak bijak turut mengatakan kenyataan perwakilan PAS itu tidak mewakili pendirian parti.

“Saya makin yakin dia silap faham maksud LGE. Mungkin pemimpin PAS Pahang tu tidak sedar kenyataannya itu mengundang persepsi yang amat bahaya.

“Ia seolah-olah letakkan PAS dan LGE dalam dua penjuru, iaitu ibarat PAS seolah-olah semulia Nabi Muhammad SAW dan LGE sesesat Abu Jahal. Perlu ke komen sampai tahap tu?

“Begitu juga komen daripada salah seorang pemimpin muda PAS daripada Kelantan. Bila dia kata ucapan yang kata ‘musuh PAS sekarang bukan UMNO tapi DAP’ itu bukan pendirian PAS kerana ia hanya ucapan seorang perwakilan dalam muktamar. Mungkin he tried to be smart (dia cuba berlagak bijak).

“Tapi tahu ke mamat ni yang LGE tahu dalam sesi penggulungan muktamar tu, pimpinan PAS tiada seorang pun yang sangkal atau disown kenyataan perwakilan tu,” kata Hanipa.

Terdahulu, perwakilan PAS Pulau Pinang Yusni Mat Piah di dalam muktamar lalu menyatakan bahawa BN bukan lagi musuh utama PAS pada PRU-14 sebaliknya ia adalah DAP kerana secara jelas menentang agenda Islam.

Namun pada Isnin lalu, Guan Eng menganggap tindakan PAS sebagai tidak masuk akal. Guan Eng menganggap PAS dari segi perjuangan politiknya telah sesat jalan dan lupa siapa kawan siapa lawan. Ini kerana katanya, sepatutnya musuh utama PAS adalah BN.
Loading...
Back To Top