Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

GST Sebabkan Harga Di Bazar Ramadan Naik


Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta pengharaman polisterin oleh kerajaan Selangor menyebabkan harga juadah di bazar Ramadan terpaksa dinaikkan berbanding tahun lalu, keluh peniaga.


Kenaikan harga barangan asas memaksa peniaga membuat dua perubahan, iaitu menaikkan harga makanan dan air sehingga RM2 atau mengekalkan harga namun saiz atau kuantiti makanan dikurangkan.

“Kita terpaksa naikkan harga jika tidak kita tak dapat untung, memang saya rasa kenaikan ini akan bebankan pembeli namun
Loading...
apakan daya kita sebagai peniaga terpaksa berbuat demikian,” kata peniaga air dan cendol di bazar Taman Sri Andalas, Zaharah Abdul Hamid seperti dilapor Sinar Harian.

Berbanding RM3 sebungkus tahun lalu, katanya harga air terpaksa dinaikkan 50 sen dan cendol menjadi RM4 sebungkus kerana kenaikan harga buah, santan dan susu.

“Kita tak akan kurangkan kuantiti buah atau sebagainya sebaliknya kuantiti yang sama masih dikekalkan seperti sebelum ini.

“Saya tak nak pelanggan tetap saya lari kerana saya percaya kepada rezeki Allah, jika niat kita berniaga ikhlas Tuhan akan bantu,” katanya yang berniaga di bazar berkenaan lebih 30 tahun.

Pada masa sama kos pertukaran bekas polisterin kepada bahan organik juga menjadi punca harga makanan dinaikkan.

Peniaga nasi dan lauk pauk Nurul Natasha Rozali berkata beliau terpaksa menanggung dua kali ganda harga kos berbanding sebelumnya.

“Kita terpaksa jual RM5 sebungkus dengan kenaikan RM0.50 sen setiap bungkus untuk dapatkan sedikit keuntungan. Namun kami beri jaminan, kuantiti nasi dan bahan di dalamnya yang kami jual kepada pelanggan masih sama seperti tahun lalu,” katanya yang berniaga di bazar Ramadan Sungai Besar lapor MMO
Loading...
Back To Top