KUALA LUMPUR - Tindakan bekas Setiausaha Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman, meninggalkan parti itu langsung tidak dipedulikan oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Mahathir, dalam ceramahya di Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur malam tadi hanya bercakap mengenai isu lain dengan kebanyakannya mengecam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiada sekali pun beliau menyentuh tindakan salah seorang pemimpin

Loading...
penaja BERSATU itu meninggalkan parti berkenaan.
Diberitakan, Tun Mahathir hanya memberi sedikit ulasan mengenai tindakan Kamarul Azman meletakkan jawatan dan keluar parti sejurus selepas majlis yang dihadiri sekitar 200 orang yang boleh diibaratkan sebagai terlalu ringkas dan bersahaja.
"Mungkin kroni dia (yang) tak pilih dia," kata Dr Mahathir sebelum terus menaiki kereta yang menunggu dan beredar dari situ.
Kamarul Azman Habibur Rahman semalam mengumumkan peletakan semua jawatan yang disandangnya dan juga keahlian dalam parti itu.
Menurut beliau, tindakan tersebut diambil berikutan kekecewaannya terhadap pimpinan tertinggi PPBM terutamanya Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang bersikap ‘pilih kasih’ selain meminggirkan penggerak awal parti itu.