KUALA LUMPUR 11 Mac - Satu bantahan kecil di luar pusat komuniti Seputeh menyebabkan pertengkaran kecil berlaku antara penunjuk perasaan dan dua orang yang dikatakan menganggu majlis perkahwinan di kejiranan itu hari ini.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan sekumpulan kecil penduduk memegang sepanduk pada sidang media hari ini di seberang jalan dari pusat komuniti.
Pada masa yang sama, terdapat satu
Loading...
majlis perkahwinan di pusat komuniti tersebut. Bantahan oleh Teresa Kok di seberang jalan telah mengundang kemarahan beberapa orang dalam bangunan pusat komuniti itu.
Melalui rakaman video yang tersebar di Facebook, berlaku pertelingkahan antara peserta perhimpunan anjuran Teresa dengan individu yang meminta majlis perkahwinan itu tidak diganggu.
“Kamu nampak majlis perkahwinan di sana tetapi kamu masih lagi buat protes di sini untuk cari publisiti.
“Tolong hormati majlis perkahwinan yang sedang berlangsung di sini. Buat hari lain protes ini, kamu semua boleh bersurai,” kata individu tersebut.
Loading...