Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, sokongannya terhadap Sijil Peperiksaaan Bersepadu (UEC) adalah punca utama beliau digantung jawatan sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Annuar yang dipetik Sin Chew Daily berkata, beliau ialah mangsa dalam perbalahan dalaman Umno dan menafikan penggantungan jawatan itu bukan kerana beliau mempengaruhi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk menaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors.
“Ada orang dalam parti yang ‘tidak selesa’ dengan tindakan saya menyokong kerajaan mengiktiraf UEC dan berpendirian terbuka terhadap banyak isu, termasuk menyokong UniKL mengambil lepasan UEC. Mereka menggunakan alasan itu untuk menjatuhkan saya, supaya saya keluar dari arena politik.
“Hari ini saya mahu beritahu anda suara hati saya. Ini bukan perkara biasa atau (disebabkan) Lembaga Pengarah Mara mengadakan mesyuarat untuk siasat saya menggunakan sumber dalaman bagi menaja pasukan bola sepak Kelatan. Ini perbalahan dalaman.
“Sepuluh hari sebelum saya digantung daripada jawatan, ada orang tertentu dalam kumpulan WhatsApp ugut akan siasat saya,” katanya kepada akhbar berbahasa Cina itu.
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau ada menyimpan tangkap layar beberapa “perbualan” sama sebelum ini.
Beliau mengakui Mara sememangnya menghadapi masalah dan wujud perbezaan pendapat, serta beliau sering diugut.
“Ada orang yang tidak suka saya, salah satu sebab mungkin kerana saya menggesa kerajaan mengiktiraf UEC. Sejak membuat kenyataan UniKL patut mengambil lepasan UEC, saya terima beberapa mesej jahat, saya tak mahu kata siapa penghantarnya, tetapi mesej jahat ini menyebabkan keadaan lebih sukar.
“Sesetengah orang ingat saya mahu melangkaui mereka. Ada yang fikir saya membuat keputusan tanpa mendapat pandangan mereka, ingat saya mahu menggantikan mereka.”
Annuar digantung jawatan sebagai pengerusi Mara dan Pelaburan Mara Bhd (PMB) selepas mesyuarat khas Ahli Majlis Mara pada 31 Januari lalu.
Ia disusuli pertemuan Annuar bersama wakil Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) pada 7 Februari lalu dan berkata isu pengiktirafan UEC harus diselesaikan sebaik mungkin.
“Apabila kita bekerjasama, kita tidak prejudis dan tidak berfikiran sempit, maka ia tidak akan menjadi ‘stumbling block’.
“Dalam negara kita ini, ia akan menjadi penghalang kalau kita bersifat negatif. Perbezaan kaum dan agama seharusnya dijadikan kekuatan kita. Jadi, saya tidak fikir apa yang dilakukan Persatuan Dong Zong (untuk iktiraf UEC) sebagai penghalang,” kata Annuar pada bulan lalu.
Sementara itu, Annuar yang dipetik Sin Chew Daily berkata, beliau mahu kerajaan mengiktiraf UEC dan sokongannya itu bukan bertujuan meraih populariti.
Katanya, walaupun tindakannya tidak disokong orang Melayu mahupun pemimpin Umno, tetapi beliau akan terus “melakukan perkara betul”. - FMT
MARY YAP LEBIH CERDIK BERBANDING ANNUAR MUSA
Apa yang sewajarnya perlu dibuat, telah pun dilakukan. Kata Timbalan Menterinya, Datuk Mary Yap Kain Ching sebelum ini, pihaknya enggan mengiktiraf UEC kerana UEC tidak selaras dengan kurikulum kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.
Apakah UEC? Akronim UEC ditakrifkan sebagai Unified Examination Certificate atau Sijil Peperiksaan Gabungan Sekolah Menengah Persendirian Cina.
Sijil ini diguna pakai oleh Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang dibenarkanberoperasi mengikut caranya sendiri,menggunakan silibus UEC.
Umumnya, sijil UEC dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Menengah Rendah (UEC-JML), Vokasional (UEC-V) dan Menengah Tinggi (UEC-SML) yang kesemuanya menggunakan bahasa Mandarin. UEC-SML mengandungi subjek Matematik, semua subjek sains dan semua subjek aliran perdagangan.
Sejak dahulu lagi, SMPC menolak Dasar Pendidikan Kebangsaan. Mereka enggan mengguna pakai dasar dan kurikulum sistem pendidikan kebangsaan.
Sebaliknya menggunakan kurikulum yang kebanyakannya diciplak dari Taiwan. Sistem penilaiannya juga dibuat oleh badan penilaian sendiri, bukannya oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Dong Jiao Zong iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Cina sejak tiga dekad lalu mendesak kerajaan mengiktiraf sijil UEC sebagai kelayakan untuk memasuki IPTA.
Ini jelas suatu tindakan membelakangkan dasar-dasar kerajaan.
Hujah Dong Jiao Zong bahawa UEC diiktiraf oleh pusat pengajian tinggi luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan, Hong Kong, China, Singapura, Australia dan Kanada tidak relevan dengan senario di Malaysia. Apatah lagi dengan keadaan jurang perkauman semakin melebar dan luas sekarang, yang berisiko untuk masa depan negara.
Pada masa sama, ada gertakan dibuat oleh parti Cina tertentu dalam Barisan Nasional dan Pembangkang, antaranya menjelang pilihan raya umum untuk ‘menghalalkan’ UEC yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mereka berhujah, dasar sesebuah universiti sememangnya membuka peluang kepada pelajar asing dan menerima kelulusan pelajar tersebut berdasarkan kepada kualiti tanpa
Loading...
mengambil-kira kaedah sistem pembelajaran di negara mereka.
Tetapi, senario ini berbeza di Malaysia kerana kerajaan tidak sepatutnya mengiktiraf sijil UEC yang diperoleh oleh warga Malaysia yang ingin memasuki universiti awam di Malaysia, bukan ke luar negara. Ini bertentangan dengan sijil SPM yang diguna pakai sebagai syarat kemasukan utama.
Apakah menjadi suatu kesalahan jika kerajaan menetapkan syarat agar warga Malaysia yang layak ke universiti awam wajib menguasai bahasa kebangsaan dengan baik?Tinggi sangatkah permintaan sedemikian? Apakah sukar bagi kaum Cina untuk menguasai bahasa kebangsaan?
Rasional kenapa Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf dan menerima sijil UEC sebagai kelayakan memasuki IPTA amatlah mudah difahami berdasarkan kepada alasan berikut;
* Pertama – Sistem pembelajaran dan subjek diajar di dalam bahasa Mandarin dan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di SMPC.
* Kedua – Bagaimana hendak menilai tahap kecintaan negara jika pelajar ini tidak bercampur-gaul bersama kaum lain?
* Ketiga – Kelonggaran hanya dikhaskan kepada pelajar dari luar negara boleh dipertimbangkan menggunakan sijil pendidikan mengikut standard negara mereka ketika memohon memasuki ke IPTA. Permohonan pelajar dalam negara pula perlulah mempunyai kelayakan SPM.
* Langkah ‘menghalalkan’ sijil UEC sebagai ‘tiket’ masuk ke universiti awam tempatan dikhuatiri mendatangkan impak jangka panjang kepada kita semua. Di antara kesan-kesan negatif yang bakal dihadapi ialah;
* Pertama – Meningkatkan lagi jurang pendidikan yang kita alami selama ini. Ini berlaku apabila ibu bapa yang telah yakin dengan pengiktirafan yang diberi sudah tentu berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke SMPC. Ini menyebabkan berlakunya percanggahan dengan semangat gagasan 1Malaysia yang kerajaan uar-uarkan. Di manakah ertinya perpaduan sebenar jika bersekolah di bawah bumbung yang berbeza?
* Kedua – Mencipta suasana persaingan tidak sihat atas padang yang tidak rata. Umum maklum, sekolah Cina memiliki kemudahan jauh lebih baik berbanding sekolah kebangsaan (SK).
Alasan seperti bahasa Mandarin penting kerana faktor ekonomi dunia hari ini bukan hujah tepat untuk mewajarkan penerimaan sijil UEC untuk ke universiti tempatan.
Kepentingan bahasa Mandarin sebagai nilai tambah telah disedari dan bahasa itu telah mulai diajar pun di SK. Bahasa Mandarin itu dikuasai melalui subjeknya bukanlah sehingga harus mengiktiraf sijil UEC. Terdapat perbezaan di antara kedua-dua entiti itu.
Sebarang ‘pengiktirafan’ terhadap UEC, akan menafikan peluang kemasukan kaum Melayu dan Bumiputera ke IPTA. Senario ini berlaku disebabkan pada masa ini dasar kemasukan ke IPTA adalah mengikut prinsip meritokrasi.
Pertambahan lepasan SMPC dengan sijil UEC sebanyak 20,000 orang setahun misalnya ke dalam sistem kemasukan ke IPTA akan menyebabkan peluang nipis kepada orang Melayu dan Bumiputera yang patuh menurut segala dasar kerajaan.
‘Menghalalkan’ sijil UEC untuk ke IPTA hanya akan menggagalkan gagasan 1Malaysia sebaliknya menjayakan 2Malaysia! Jika dibenarkan maka cita-cita pembentukan negara bangsa dan perpaduan sebenar rakyat Malaysia nyata akan bertambah kusut dan mati.
Hakikatnya, toleransi kerajaan sudah tidak ada tolok banding. Dahulu, terdapat peruntukan Akta Pelajaran 1961 memberi kuasa mutlak kepada Menteri Pelajaran untuk menghapuskan sekolah vernakular. Sebagai menghormati hak bangsa lain, peruntukan ini dimansuhkan dalam Akta Pelajaran 1996. Menteri Pelajaran tidak ada kuasa lagi menghapuskan sekolah vernakular.
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dahulunya dikategorikan sebagai sekolah bantuan modal, tetapi hari ini hampir ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Ini tidak termasuk hampir 400 SJKC yang dibina sepenuhnya oleh kerajaan.
Kenapa masih tidak berterima kasih dengan toleransi ini? Masih tidak cukupkah apa yang dicurahkan kerajaan selama ini?
Loading...