Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuji sikap berani Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang bersetuju untuk berdebat dengan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Syed Saddiq, tidak ramai pemimpin dalam kalangan Umno berani berpolitik matang di mana perbezaan pendapat boleh dicabar dan di bicara secara terbuka.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Mohamed Aziz yang berani menyahut cabaran untuk berdebat dengan Tun Mahathir.
Loading...
large;">
"Perdebatan yang bakal dianjurkan bakal mempamerkan hujah daripada kedua dua belah pihak. Rakyat yang akan menilai siapa yang betul dan salah. Ini sekali gus membawa kesedaran kepada rakyat tentang isu isu semasa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Mahathir pada semalam menyatakan kesediaannya berdebat dengan Nazri, selepas ahli Majlis Tertinggi Umno itu mencabarnya bertanding di kawasan Parlimen Padang Rengas.
Syed Saddiq dalam masa sama turut menyifatkan debat itu sebagai lambang negara mengamalkan demokrasi yang sihat.
"Apabila Mohamed Nazri dan Tun Mahathir berdebat, rakyat juga akan berdebat sesama sendiri berkenaan isu semasa. Perdebatan ini melambangkan budaya politik matang," katanya lagi.
Loading...