KEPALA BATAS - Umno Pulau Pinang akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam masa terdekat berhubung cadangan menjadikan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada Wilayah Persekutuan.

Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya mahu mendengar dan meneliti terlebih dahulu pandangan serta cadangan sebenar Tengku Adnan berhubung perkara berkenaan.

"Selepas perbincangan itu baru kami akan adakan pertemuan dengan parti komponen BN bagi memberi penjelasan seterusnya memaklumkan kepada rakyat sebelum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Umno Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dalam temu bual dengan stesen radio berteraskan kandungan perniagaan,  BFM pada 1 Februari, Tengku Adnan berkata beliau mahu perluaskan Wilayah Persekutuan untuk memasukkan Pulau Pinang, Langkawi, Kedah dan sebahagian Melaka.

Negeri-negeri berkenaan akan terletak di bawah pentadbiran Putrajaya secara langsung dan Tengku Adnan mendakwa dengan pembabitan kerajaan persekutuan,