Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

[PAS PATUT TANYA RAJA-RAJA MELAYU DULU] Ku Li: Ahli Parlimen, Adun tiada hak pinda undang-undang Islam


Ahli Parlimen, Adun serta mana-mana pihak lain tidak mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan mengenai agama Islam memandangkan ia tertakluk di bawah kuasa Raja-Raja Melayu.

Presiden Angkatan Amanah Merdeka Malaysia, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Raja-Raja adalah ketua agama di setiap negeri masing-masing dan telah diberikan hak untuk menggubal atau meminda akta serta undang-undang Islam di negara ini.

"Perlembagaan telah menetapkan bahawa jika Raja-Raja Melayu ingin
Loading...
meminda akta dan undang-undang Islam, keputusan mengenai perkara itu dibuat melalui Majlis Agama yang bertanggungjawab.

"Keputusan itu kemudian hendaklah diketengahkan ke Parlimen, Dun atau kedua-duanya sekali dikehendaki dari segi undang-undang untuk penggubalan dan pindaan,"katanya ketika menyampaikan ucapan di Forum Sejauh Mana Anda Memahami Hudud yang diadakan di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), hari ini. - SH
Loading...
Back To Top