Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kecekapan polis bongkar rangkaian perisikan Korea Utara...

Loading...
Rangkaian (spy-ring) perisikan dan agen rahsia Korea Utara bertempiaran lari, ada yang bersembunyi selepas pihak berkuasa Malaysia berjaya membongkar jenayah mereka.
Tentu mereka tidak menyangka tindakan Malaysia menggunakan pendekatan tegas dan tuntas membongkar rangkaian yang sudah dilatih bertahun-tahun lamanya.
Selepas mendedahkan yang polis memburu tujuh suspek warga negara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Rabu memberitahu seorang pegawai kanan Kedutaan Korea Utara sebagai salah seorang suspek dalam pembunuhan Kim Jong Jam, manakala seorang lagi suspek dipercayai ada kaitan dengan syarikat penerbangan Korea Utara.
Khalid berkata kedua-dua suspek masih berada di Malaysia dan sudah dipanggil untuk soal siasat.
Kakitangan kedutaan Korea Utara itu dikenali sebagai Hyom Kwang Song, 44, berkhidmat sebagai setiausaha kedua. Beliau tiba di Malaysia pada 20 September 2016.
Kakitangan syarikat penerbangan Korea Utara pula dikenali sebagai Kim Uk Il, 37, dan tiba di Malaysia sejak 29 Januari lalu.
“Kita sudah panggil dua lagi rakyat Korea Utara untuk membantu siasatan. Mereka kakitangan kedutaan Korea Utara dan bekerja di syarikat penerbangan Korea Utara.
“Kita harap pihak kedutaan membantu kita untuk menjalankan siasatan,” katanya.
Khalid bagaimanapun tidak menamakan dua individu terbabit sebagai suspek keenam dan ketujuh dalam pembunuhan Jong Nam.
Polis juga sedang mencari seorang lagi warga Korea Utara yang dipercayai terlibat aktif dalam pembunuhan itu dikenali sebagai Ri Ji U, 30, atau dikenali sebagai James.
Khalid berkata kedua-dua rakyat Korea Utara itu masih berada di dalam negara dan polis akan mencari mereka jika tidak hadir bagi membantu siasatan.
Beliau berkata pihaknya kini mengeluarkan arahan dan meminta bantuan Interpol dan berhubung dengan Korea Utara untuk menyerahkan semula warga mereka ke Malaysia.
Sementara itu, berbeza dari penemuan awal, Khalid mendedahkan dua suspek wanita yang ditahan polis sebelum ini tahu rancangan membunuh abang pemimpin tinggi Korea Utara, Kim Jong-nam.
Ini sekaligus menolak andaian awal mereka hanyalah 'kaldai' dan kejadian itu satu gurauan (prank).
Menurut Khalid, warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29 dan wanita Indonesia dikenali sebagai Siti Aishah, 25, yang ditahan tahu mengenai perancangan untuk membunuh Jong-nam malah, mereka sudah beberapa kali berlatih sebelum ini.
Katanya, kedua-dua wanita terbabit membunuh mangsa dengan cara menyapu toksik di muka mangsa dengan tangan.
"Sudah tentu mereka tahu (rancangan pembunuhan). Mereka juga tahu cecair yang disapu itu toksik.
"Selepas selesai, kedua-dua mereka diarahkan oleh empat suspek yang sudah meninggalkan negara ini untuk membersihkan tangan di tandas," katanya pada sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.
Khalid berkata, reman kedua-dua wanita itu yang tamat hari ini akan disambung tujuh hari lagi bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.
Manakala, lelaki tempatan yang juga teman lelaki Siti Aishah, Muhammad Farid Jallaludin dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.
Jong-nam meninggal dunia pada 13 Februari lalu selepas diserang di aras pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Loading...
Back To Top