Loading...
KUALA LUMPUR - Orang ramai sudah mula membanjiri kawasan Padang Merbok untuk menghadiri Perhimpunan Rang Undang-Undang 355 (H355).
Malahan ada juga di antara mereka yang sudah tiba seawal selepas Subuh lagi.
Perhimpunan H355 dijangka bermula pada jam dua petang dan tamat pada jam 11 malam.
Kemuncak acara akan bermula pada jam 9 malam dimulakan dengan ucapan oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan diakhiri dengan pidato oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada jam 10 malam.
Semalam, Pengarah H355, Nasrudin Hassan menggesa peserta H355 supaya tidak melakukan sebarang provokasi dan respons kepada provokasi yang dicetuskan oleh mana-mana pihak.
Beliau berkata, peserta diharapkan hadir dalam keadaan tenang, banyakkan zikir dan berselawat. - SH
Loading...