Bersatu masih berharap Pas akan dapat bekerjasama dengan parti itu bagi memastikan tujuan satu lawan satu menentang BN dapat direalisasikan.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, setakat ini perbincangan kedua-dua parti masih belum mencapai sebarang keputusan.
"Bagi Bersatu kita akan menyertai kerjasama dengan Pakatan Harapan lebih awal daripada Pas.
"Tetapi kita harap Pas akan bersama
Loading...
sekurang-kurangnya dengan Bersatu supaya kita dapat tentukan satu lawan satu. Namun kalau tak dapat, terpaksalah kita terima," katanya dalam sidang media selepas sesi meja bulat Selamatkan Malaysia di sini, hari ini.
Sementara itu, Mahathir mengakui inisiatif Selamatkan Malaysia yang dilancarkan itu mengalami kesukaran untuk mendapatkan sokongan ahli Umno.
"Masalah kita adalah untuk bertemu dengan mereka. Mereka agak takut dengar penjelasan kita kerana masih kekal dengan tafsiran yang silap untuk memudahkan diri mereka.
"Mereka nak percaya sangat dengan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya tiada apa-apa perlu dilakukan mereka. Tetapi kalau mereka dengar penjelasan kita, mereka terpaksa berfikir dan proses pemikiran itu agak berat bagi sesetengah orang. Kalau boleh mereka tak nak fikir, nak ikut saja," katanya.
Loading...