Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Bila Kena Batang Sendir Diammmm!!!!! PKR enggan ulas kemewahan pegawai kanan Azmin

Loading...
SHAH ALAM: PKR enggan mengulas lanjut berhubung aduan yang dibuat oleh badan bukan kerajaan (NGO) Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersabit kekayaan ‘luar biasa’ pegawai khas kepada Datuk Seri Azmin Ali, Hilman Idham.

Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin laporan terhadap SPRM yang dibuat oleh NGO Selangor itu, sebelum ini pernah dibuat oleh Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang dakwanya sebagai seorang yang tidak betul.

Justeru, Zuraidah enggan mengulas berkenaan salah guna kuasa yang melibatkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang diperintah PKR itu.

“Chegubard punya cerita merepek yang awak nak tanya, malas aku nak layan,” katanya ringkas, ketika diaju soalan berkenaan isu tersebut.

Semalam, Chegubard menyambut baik tindakan Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Selangor menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera menyiasat kekayaan luar biasa yang dimiliki pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor, Muhammad Hilman Idham.

Menurut Chegubard, Hilman mempunyai kekayaan luar biasa meskipun  baru dua tahun menjadi pegawai khas kepada Datuk Seri Azmin Ali.

Chegubard turut mendedahkan Hilman mempunyai beberapa buah kereta termasuk sebuah Audi dan sebuah Alphard selain baru sahaja membeli sebuah Toyota Altis bernombor pendaftaran BMY300.

Hilman juga dikatakan membeli hartanah berupa sebuah rumah link dua tingkat, dianggarkan berharga RM850,000, di Seksyen 7, Shah Alam pada Julai 2015.
Loading...
Back To Top