Loading...
WarkahDaily Online |
Pemain Selangor tuntut Azmin Ali dan Amiruddin tunai janji bayar gaji, bonus Posted: 02 Jan 2017 07:20 AM PST
"Kalau dah janji, tunaikan!" Itu antara luahan pemain yang terkilan dengan kenyataan terbaru bekas pengurus Selangor, Amirudin Shari, yang seolah-olah mengelak daripada melunaskan tanggungjawabnya.
Kenyataan terbaru Amirudin memburukkan lagi keadaan apabila menuntut Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) melangsaikan gaji pemain untuk bulan November tahun lalu menerusi hasil penjualan pemain bagi musim 2017. Bagi pemain Selangor, hal itu perlu diselesaikan dengan rasa tanggungjawab, apatah lagi ia melibatkan janji daripada Amiruddin dan bekas presiden FAS, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sendiri. "Saya rasa bulan November masih lagi menjadi tanggungjawab Amirudin dan Menteri Besar (Azmin Ali)," kata penjaga gol Selangor, Razlan Razali. Sementara itu, pemain tengah pasukan berkenaan, Raimi Mohd Noor, berkata: " Diharapkan kerajaan negeri dapat membayar baki bonus dan gaji November." Pemain Selangor turut berasa tertipu dengan sikap berdolak-dalik pihak pengurusan musim lalu sehingga terpaksa mengemis dengan hak sendiri. "Saya tidak mahu tahu mengenai mereka, apa masalah pihak atasan. Cuma, apa yang mereka janji untuk kami patut dilangsaikan," kata pemain pertahanan, Rizal Fahmi Rosid. "Pertama sekali, rasa terkilan dengan apa yang dijanjikan sebelum final Piala Malaysia 2016," kata seorang lagi penjaga gol, Khairul Azhan Khalid. Dianggarkan pembayaran yang sepatutnya dilunaskan pihak Kerajaan Negeri Selangor hampir mencecah RM2 juta. Astro |
You are subscribed to email updates from The Malaysian View - Latest News. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Loading...