23 Rabiulakhir 1438H, Ahad – UMNO berkemungkinan akan kehilangan kepercayaan daripada orang Melayu sekiranya keputusan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa berhubung Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukannya diteruskan.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ia tiada beza dengan apa yang dituntut oleh DAP sebelum ini jika hasrat Annuar itu diteruskan.
“Sebelum ini kita serang DAP tetapi kenapa kini ingin melaksanakan apa yang dituntut.
Loading...
padding: 0px; vertical-align: baseline;">“Jangan hanya lihat dari sudut politik, kita perlu kembali semula ke prinsip utama iaitu kedaulatan, jangan hanya mengukur pada wang dan ekonomi,” katanya seperti dilapor Mingguan Malaysia, hari ini.
Annuar sebelum ini menjelaskan bahawa UNiKL universiti swasta yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menerima permohonan pemegang sijil UEC.
“Ramai yang terlepas pandang dan menyangka UniKL sebuah univesiti awam kerana ia di bawah Mara tetapi sebenarnya ia IPTS. Saya sudah periksa polisi UniKL dan sememangnya kita dibenarkan mengambil lulusan UEC dan pensijilan antarabangsa lain seperti O-Level,” kata Annuar, semalam.
Mengulas lanjut perkara itu, Ibrahim Ali mempersoalkan adakah Annuar telah merujuk perkara itu kepada ahli Majlis Mara dan mendapat kelulusan daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
“UniKL adalah milik Mara dan apa jua keputusan dan dasar-dasarnya mesti diputuskan oleh Mara dan menteri yang bertanggungjawab walaupun ia beroperasi sebagai swasta. Malah dana dan bangunannya juga adalah milik Mara,” katanya.
Loading...