RAKYAT MARHAEN |
- GARA-GARA SKANDAL 1MDB, PUTRAJAYA DIHERET BERTELAGAH DENGAN KERAJAAN ASING?
- TMJ kepada Annuar Musa: Jangan jolok sarang tebuan
- Kenaikan petrol, diesel kerajaan tidak jaga kebajikan rakyat
- 2016 tahun penuh krisis, kata Muhyiddin
- MAIN GOLF: PENGURUSAN TERTINGGI KENA MULA DULU
- 2017 rasanya bukan tahun PRU ?
- MB Selangor mahu pimpinan negeri kerja keras 2017
- Dewan Ulama: Amanah ‘meroyan’ bimbang imej PAS semakin baik
- PAS: ‘Protes tuala’ bukti Umno kehabisan modal serang Azmin
- Perang saraf, proses cari identiti Bersatu sedang bermula
- Tunjuk bukti saya rasis, Kit Siang cabar Umno
- CABARAN MUKHRIZ YANG MESTI DISAMBUT OLEH PENGAMPU NAJIB YANG SEORANG INI
- CERITA LELAKI BANYAK HUTANG HANTAR ORANG TUNAI HAJI KE MEKAH
- Kelakar! Rakyat malaysia buat ini apabila petrol naik!
- BR1M Itu Rasuah Kerana Diagihkan Melalui UMNO
- Air percuma Selangor bukan rasuah - Abdullah Sani
- Orang Gila Pun Tak Pakai Tuala Siang Hari Ke SUK
- PEDAS TEPAT ke MUKA!! Negara Bukan DIPERINTAH Oleh Najib TAPI Rosmah!!!
- Harapan rakyat marhaen 2017
- 'Dedah bukti atau berdepan tindakan saman’ - Mukhriz Mahathir
- FAS harap Azmin tidak lari daripada melangsaikan hutang
- Makkal Sakti mahu tanding PRU14
- Kami bukan proksi Dr M, kata Warisan
- Halalkah pergi haji guna wang 1MDB dari Pulau Cayman?
- Tunku Abdul Aziz Tipu Rupanya.. Mukhriz Nafi Ada Perjanjian Sulit Lantiknya Sebagai PM
GARA-GARA SKANDAL 1MDB, PUTRAJAYA DIHERET BERTELAGAH DENGAN KERAJAAN ASING? Posted: 01 Jan 2017 10:03 PM PST "...kegagalan 1MDB membayar hutang dan faedah diramalkan oleh pakar kewangan dan perbankan antarabangsa akan mendatangkan kesan terhadap pasaran matawang dan saham di Malaysia, selain terpaksa membelanjakan berbilion dolar untuk menyelamatkan syarikat itu."
Yang dijangka mulai berlaku...
Kerajaan Malaysia kini berdepan kritikan kerajaan asing dalam isu kleptokrasi, keengganan bekerjasama dengan peguam negara asing untuk mendakwa mereka yang disyaki terbabit dalam pengubahan wang haram serta juga ENGGAN kerjasama mendakwa beberapa individu yang disabitkan dengan perbuatan 'mencuri dan merompak' dana rakyat.
Malah, Malaysia kini juga dilihat sebagai sebuah negara yang kerajaannya BERSEDIA menjadi penjamin kepada sebuah sayarikat dana yang berhutang tetapi enggan melunaskan hutang dan membayar faedah yang terbeban.
Kesemuanya ini ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta bekas anak syarikatnya.
Media antarabangsa nampaknya sangat berminat dengan isu 1MDB dan memilih untuk mempersoalkan sikap Putrajaya dengan menganggap pelan penyusunan semula 1MDB kini 'terhincut-hincut' dan munkin terpaksa melalui jalan yang berduri.
Yang pasti media tempatan tidak akan memperkatakan perkara sebegini kerana mereka hanya akan memaparkan berita 'baik sahaja' mengenai mengenai 1MDB, walaupun hakikatnya pengurusan media berkenaan mengetahui bahawa ramai rakyat Malaysia sendiri mulai sedar tentang perkara sebenar.
Pada 2015, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tersangat yakin pelan pemulihan untuk mengurangkan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan berhasil dengan kerjasama Kementerian Kewangan.
Katanya, langkah pemulihan boleh dilakukan untuk mengurangkan jumlah hutang 1MDB dan inilah perkara yang sedang diusahakan kerajaan, katanya pada perhimpunan bulanan kementerian itu pada 19 Mei 2015.
Namun kini?
Pelan menyusun semula 1MDB dilihat berdepan masalah khususnya dalam isu melupuskan aset hartanah dan pertelagahan dengan Abu Dhabi mengenai pertikaian membabitkan lebih AS$6.5 billion (RM28,925 juta jika pada kadar AS$1 – RM4.45sekarang) dari segi obligasi hutang.
Menurut sumber pegawai dalam syarikat yang menjadi rakan projek 1MDB dan peguam yang terlibat dalam usaha melupuskan hartanah utama di Kuala Lumpur dan Pulau Penang untuk pembangunan bersama, masalah timbul apabila wujudnya pertelagahan mengenai penilaian.
Selain berbagai isu membabitkan pentadbiran, penilaian ini dikatakan ada kaitan dengan kejatuhan nilai ringgit.
Selain itu, hubungan tegang juga dikatakan wujud antara kerajaan Abu Dhabi dan Putrajaya membabitkan hutang dan faedah bernilai berbilion dolar.
Menurut peguam, ia menjadi semakin buruk sejak akhir-akhir ini, selepas persetujuan awal dibuat apabila kerajaan Malaysia yang berjanji menyelesaikan masalah melalui perundingan , kini mula mengubah pendirian.
Untuk rekod, kerajaan melalui Kementerian Kewangan adalah penjamin kepada 1MDB dan anak syarikatnya, SRC International.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani, yang bertanggungjawab menguruskan penyelesaian hutang 1MDB, dilaporkan memahami dengan jelas wujudnya jalan yang berliku dalam menjayakan pelan pemulihan itu.
Beliau sudah menyatakan kepada The Straits Times Singapura bahawa isu itu akan dapat diatasi. 1MDB sehingga kini enggan memberikan sebarang ulasan kepada akhbar brbahasa Inggeris itu.
Satu Pasukan Petugas dilaporkan ditubuhkan di bawah Johari, diberi nama Jawatankuasa Budiman untuk menguruskan penyusunan semula 1MDB. Bagi Johari, memang banyak isu, namun perkara utama seperti penjualan aset janakuasa, sudah pun dilaksanakan.
Langkah segera ialah merancakkan pembangunan hartanah di Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX). Ia merujuk kepada projek mewujudkan 'wilayah kewangan' di pinggir Bandaraya Kuala Lumpur.
Juga penting ialah pertelingkahan 1MDB - International Petroleum Investment Company (IPIC) yang dilihat akan berterusan untuk beberapa ketika walaupun ada usaha dilakukan bagi meredakkannya.
Pertelingkahan berlaku berikutan dana pelaburan negara Abu Dhabi itu meminta hutang kira-kira AS$6.5 bilion oleh 1MDB ditunaikan dan pemegang saham tunggalnya, Kementerian Kewangan Malaysia semestinya bertangggungjawab. IPIC mendakwa bahawa syarikat dana Malaysia itu memungkiri perjanjian penstrukturan semula hutang adengan syarikat itu pada 2015.
Tahun lalu apabila 1MDB berdepan kekurangan tunai, IPIC bersetuju untuk memberikan pinjaman kecemasan AS$1 Bilion (RM4,450 juta) kepada syarikat itu dan mengambil alih pembayaran faedah bagi hutang AS$3.5 bilion yang ditanggung 1MDB.
Namun IPIC kemudian dilaporkan membatalkan persetujuan tersebut setelah menuduh 1MDB memungkiri syarat-syarat utama yang dipersetujui selain enggan membuat bayaran faedah yang perlu dilunaskan.
|
||
TMJ kepada Annuar Musa: Jangan jolok sarang tebuan Posted: 01 Jan 2017 10:02 PM PST KETIKA isu berkaitan bola sepak tanahair semakin hebat diperkatakan mutakhir ini, tulisan terbaharu di Facebook Johor Southern Tigers oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kelihatan agak sinis.
Read More / Baca Lagi >>
Tulisan terbaharu itu dipercayai respons kepada kenyataan bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa di Facebook milik Ketua Penerangan Umno itu baru-baru ini. "Tarikh untuk rakyat negara keluar mengundi sudah hampir, oleh itu jangan cuba menjolok sarang tebuan kerana kelak buruk padahnya. "Kepada Tan Sri, jangan jadi liabiliti kepada parti anda. Anda sendiri jelas mempunyai kepentingan diri sendiri dalam parti. Ingatlah bahawa anda berkhidmat kepada rakyat," demikian teguran Tunku Ismail yang mesra disapa TMJ. Teguran itu rentetan daripada komentar mengenai isu fasiliti milik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT). Mengulas lanjut perihal itu, TMJ menjelaskan, kesemua stadium di negeri Johor sememangnya milik Kerajaan Negeri Johor. "Dan kerajaan tersebut pula adalah milik Siapa? Milik DYMM Sultan Johor yang telah wujud sejak tahun 1885. Itu bererti terpulanglah kepada DYMM Sultan Johor untuk bagaimana menggunakan semua milik kerajaan negeri. "Jangan samakan negeri Johor dengan negeri lain. Johor sudah wujud sebelum kemerdekaan, dengan cara tersendiri, dan dengan sistem berpelembagaan tersendiri sejak 1885. Negeri Johor juga adalah kubu kuat parti pemerintah sekarang," tegas TMJ. Beliau dalam nada sinis turut mengingatkan Annuar supaya bertanggungjawab di atas "atas kegagalan dan ketidak urus Kafa hari ini." "Janganlah Tan Sri bagaikan nakhoda bertempiaran lari meninggalkan bahtera bila berhadapan ombak besar. Sedangkan Kafa pun Tan Sri tak boleh nak urus, elok Tan Sri lupakan hasrat menerajui bola sepak negara," tambahnya lagi. TMJ turut menjawab dakwaan kononnya JDT merosakkan pasaran bola sepak Malaysia dengan membayar gaji pemain terlalu tinggi. "Sistem bola sepak negara kita kini sudah berdaya maju, dan tidak wujud mengenai pasukan lain tidak mampu untuk bersaing atau beraksi dalam liga. Ianya berkenaan dari kebijaksanaan mengurus wang. |
||
Kenaikan petrol, diesel kerajaan tidak jaga kebajikan rakyat Posted: 01 Jan 2017 10:00 PM PST "Menaikkan harga di saat rakyat bertungkus lumus menghadapi tekanan kos sara hidup, terutama bebanan persiapan kelengkapan persekolahan anak-anak yang kian meningkat. "Kadar kenaikan yang tidak seimbang dengan kadar penurunan. Turun 5 sen hari ini naik 20 sen," ujar Ketua Penerangan Pas Pahang Nazri Ahmad dalam kenyataan di facebooknya hari ini. Justeru beliau tidak melihat alasan kerajaan kononnya pengurangan subsidi adalah untuk kepentingan rakyat. "Sedangkan tidak banyak yang digunakan untuk kebajikan rakyat. Terutama dalam sektor pendidikan apabila kos pengajian semakin meningkat. "2017 tahun untuk rakyat melakukan perubahan," ujarnya. Kerajaan pada 31 Disember mengumumkan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel naik 20 sen, manakala bagi RON97 naik 15 sen. Kadar baharu itu berkuat kuasa 1 Januari 2017 bagi RON95 adalah RM2.10 seliter berbanding RM1.90 sen seliter untuk Disember. Harga RON97 adalah RM2.40 berbanding RM2.25 seliter untuk Disember, manakala harga diesel ialah RM2.05 seliter berbanding RM1.85 pada Disember. |
||
2016 tahun penuh krisis, kata Muhyiddin Posted: 01 Jan 2017 09:59 PM PST Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tahun 2016 yang baharu sahaja berlalu merupakan tahun yang penuh dengan krisis.
Dakwanya antara krisis yang dimaksudkan termasuk krisis kepemimpinan, krisis keyakinan, krisis keruntuhan institusi negara dan krisis moral yang dialamioleh pimpinan negara."Rakyat menanggung kesan paling buruk. Kejatuhan nilai ringgit menyebabkan kos barangan import meningkat secara mendadak dan harga barangan keperluan harian semakin mahal. Rakyat semakin menderita akibat kos sara hidup yang kian meningkat. Akibat kejatuhan harga minyak dunia, hasil negara juga berkurangan. Tahun 2016 juga menyaksikan peruntukan kerajaan untuk sektor-sektor utama yang menyentuh kebajikan rakyat seperti pendidikan dan kesihatan terpaksa dipotong. Kataya, kerajaan juga sudah tidak mampu menyediakan biasiswa kepada pelajar seperti dahulu. "Peruntukan kepada universiti-universiti awam juga dikurangkan. Malah peruntukan kepada hospital-hospital awam juga mengalami penurunan. "Sehinggakan di sesetengah hospital awam, pesakit tidak lagi dapat menikmati perkhidmatan kesihatan percuma seperti sebelumnya. Semua ini menghakis keyakinan rakyat terhadap kemampuan kerajaan untuk membela kebajikan mereka. Kata bekas Timbalan Perdana itu lagi, kerajaan juga sepatutnya tidak berkompromi hak negara untuk mendapatkan bantuan dari negara asing. "Ia bukan isu ekonomi atau perniagaan tetapi menyentuh kedaulatan kita. Ianya berimplikasi besar kepada negara oleh kerana kebergantungan tinggi kepada negara luar dari segi kewangan, kepakaran dan guna tenaga," ujarnya lagi. Read More / Baca Lagi >> |
||
MAIN GOLF: PENGURUSAN TERTINGGI KENA MULA DULU Posted: 01 Jan 2017 09:53 PM PST SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik saranan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad agar penjawat awam berhenti bermain golf di luar negara. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, cadangan tersebut perlu dimulakan dengan peringkat tertinggi sektor perkhidmatan awam. Semalam, Dzulkifli dilaporkan berkata, tindakan penjawat awam yang pergi ke luar negara untuk bermain golf akan cenderung kepada gejala rasuah dan salah guna kuasa. Mengulas lanjut, Azih memuji usaha dilakukan SPRM bagi mencegah isu rasuah dan penyelewengan dalam kalangan penjawat awam. "Tahun lalu, SPRM dah buktikan mereka laksanakan tugas dengan baik. Cuepacs amat memberi tumpuan soal integriti kerana penglibatan penjawat awam hanya akan memalukan sektor perkhidmatan ini," katanya. |
||
2017 rasanya bukan tahun PRU ? Posted: 01 Jan 2017 09:51 PM PST Bajet 2017 yang menyaksikan pelbagai peruntukan dipotong tidak menampakkan ia sebagai satu bajet pilihan raya.
Ringgit menutup 2016 pada kadar RM4.49 kepada AS$1. Felda pula menutup tirai 2016 dengan keputusan penuh kontroversi membeli 37% kepentingan saham Eagle High Plantation pada harga AS$505.4 juta menggunakan FIC Properties Sdn Bhd. Saham Felda Global Venture pula terus menjunam ke RM1.55, berbanding harga RM4.55 sesaham ketika ia disenaraikan di Bursa Malaysia. Bajet 2017 yang menyaksikan pelbagai peruntukan dipotong tidak menampakkan ia sebagai satu bajet pilihan raya. Kerajaan pula tidak sengaja memberi isyarat 2017 merupakan tahun penuh cabaran dengan "hadiah" kenaikan 20 sen untuk harga diesel dan RON95. Kebanyakan barangan dan makanan mentah negara diimport. Kejatuhan nilai ringgit menyebabkan inflasi terus kepada harga makanan dan kos sara hidup. Lihatlah betapa ramainya ibu bapa yang merana minggu terakhir sebelum sekolah bermula untuk menyediakan persediaan sekolah anak. Nampaknya 2017 bukanlah tahun yang sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Terdapat 3 penentu bagi BN menentukan tarikh PRU14. Pertama ialah nilai ringgit. Jika nilai ringgit tidak pulih ke tahap menghampiri RM4 kepada AS$1, malah terus jatuh menghampiri RM4.80 kepada AS$1, pilihan raya akan terus ditunda sehingga Parlimen terbubar secara tersendirinya pada 2018. Kedua, ialah harga minyak sedunia. Sekiranya harga minyak terus naik, dividen Petronas kepada kerajaan akan pulih, maka ketika itu kerajaan berkemampuan untuk membuat bajet pilihan raya bagi 2018 tanpa perlu menaikkan kadar GST. Dengan adanya dana yang mencukupi, maka penentu ketiga boleh dicipta iaitu "feel-good factor" atau mood positif di kalangan rakyat terhadap kerajaan. Kejayaan melancarkan MRT bukanlah satu daripada "feel-good factor". Kesan positif MRT pada rakyat akan terbantut selagi rakyat Malaysia tidak dapat mengikis kebergantungan dan tabiat mereka menggunakan kenderaan sendiri. Read More / Baca Lagi >> |
||
MB Selangor mahu pimpinan negeri kerja keras 2017 Posted: 01 Jan 2017 09:50 PM PST Dalam laman twitternya, Mohamed Azmin berkata semangat baru itu bagi menjadikan Malaysia lebih baik sekaligus memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat di negara ini. "Mari kita bergerak ke hadapan ke dalam 2017 dengan semangat baru dan keyakinan untuk Malaysia yang lebih baik. "Mari kita bekerja lebih keras untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan terbaik sekaligus menjadikan kerajaan yang bersih, bertanggungjawab, adil dan dinamik," katanya. Beliau berkata ia meliputi sebuah kerajaan yang membawa kestabilan, kemakmuran dan keharmonian kepada semua rakyat Malaysia. |
||
Dewan Ulama: Amanah ‘meroyan’ bimbang imej PAS semakin baik Posted: 01 Jan 2017 09:49 PM PST Khairuddin mempertahankan tindakan pemimpin PAS menyertai program anjuran Umno di luar negara sebagai satu daripada beberapa acara untuk menjelaskan pelbagai isu politik tanah air.
PETALING JAYA: PAS menyifatkan sesetengah pemimpin Amanah "meroyan" kerana bimbang dengan kejayaan parti itu mendekati Umno untuk memperkasakan Islam dan seterusnya meningkatkan imejnya di mata rakyat, kata ketua penerangan Dewan Ulama PAS.
Read More / Baca Lagi >>
Datuk Khairuddin Aman Razali membidas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad yang menganggap penyertaan pemimpin PAS dalam program anjuran Umno di luar negara bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, sebagai usaha mambantu memulihkan tanggapan negatif terhadap Barisan Nasional (BN). "Apabila orang seumpama Khalid meroyan dengan kehadiran pimpinan PAS di majlis penjelasan Islam anjuran Umno sendiri, ia menunjukkan Amanah sangat bimbang dengan peningkatan imej PAS di mata rakyat," katanya kepada FMT. Khairuddin turut mempertahankan tindakan pemimpin PAS menyertai program anjuran Umno di luar negara sebagai satu daripada beberapa acara bersama rakyat Malaysia untuk menjelaskan pelbagai isu politik tanah air. Antaranya penjelasan mengenai usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibentangkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, pada Mei tahun lalu. "Jika Umno bersedia membantu PAS dalam usaha RUU 355 menunjukkan Umno semakin menerima kepentingan bersama memperkasakan Islam. Itulah kejayaan dakwah PAS. PAS akan terus membina imej sebagai pejuang agama di mata ahli Umno. "Amanah menjadi penyapu kepada imej DAP yang anti-Islam dengan pelbagai lagak dan gaya. Khalid Samad sendiri menjadi hero yang membentengi segala macam agenda DAP, termasuk menentang agenda memperkasakan RUU 355," katanya. |
||
PAS: ‘Protes tuala’ bukti Umno kehabisan modal serang Azmin Posted: 01 Jan 2017 09:47 PM PST Khairuddin berkata, tiada isu yang boleh digunakan Umno untuk menyerang kerajaan negeri Selangor kerana DEIG sudah diperbaiki bagi menyelaras pentadbiran demi kebaikan rakyat.
PETALING JAYA: PAS mendakwa Barisan Nasional (BN) Selangor kehabisan modal dalam isu kontroversi membabitkan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) sehingga memaksa mereka menggunakan "protes tuala" untuk menyerang kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman mengulas tindakan pemimpin Umno Selangor membisu dalam isu DEIG, terutamanya apabila pengurusan Perbadanan Menteri Besar (MBI) mengemukakan draf penambahbaikan enakmennya untuk disemak. "Saya lihat Umno tidak ada isu yang dapat dimainkan untuk menyerang kerajaan Selangor. DEIG sudah diperbaiki untuk menyelaras pentadbiran demi kebaikan rakyat Selangor. "Umno sudah tidak relevan di Selangor sehingga memaksa mereka 'bertuala' di hadapan bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK) bagi mencari publisiti murah," kata Adun Paya Jaras itu kepada FMT sebagai mengulas perkembangan isu DEIG. Pada 21 Disember lalu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos berjalan ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, dengan hanya bertuala dan membawa satu gayung berisi kelengkapan mandian bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran di sekitar Lembah Klang, mulai 19 Disember lalu. Penyelaras Adun BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan bagaimanapun menolak dakwaan kononnya parti itu kehabisan modal untuk menyerang kerajaan negeri Selangor melibatkan isu DEIG. "Saya kira BN mengambil langkah proaktif dalam mendedahkan rancangan licik kerajaan Selangor kepada rakyat sehinggakan kerajaan pimpinan Azmin terpaksa mengambil langkah mengkaji semula DEIG ini. Read More / Baca Lagi >> |
||
Perang saraf, proses cari identiti Bersatu sedang bermula Posted: 01 Jan 2017 09:46 PM PST "Perang saraf dan mencari identiti sedang bermula dan berlaku. "Ramai sedang memerhati dan menilai parti ini yang dijangka akan membawa perubahan besar dalam PRU akan datang. "Saya ada menyebut bahawa kualiti sangat penting dalam diri dan parti sebaliknya ia disalahertikan di kalangan ahli. "Tiba tiba sesetengah pihak begitu seronok mengambil kesempatan dengan mengatakan bahawa saya menyebut bahawa ahli parti ini tidak berkualiti. Sungguh tidak masuk akal. "Jika kita menyertai parti untuk bertelingkah dan berebut jawatan dan seterusnya mengheret parti dalam situasi yang amat negatif, pasti kita tidak mempunyai kualiti yang diharapkan untuk membantu parti," dedahnya kepada Malaysia Dateline. Kamarulazman yang juga Setiausaha Kerja parti berkata, beliau amat menekankan kualiti dalam diri ahli dan parti untuk memastikan kekuatan parti itu. "Ramai yang telah masuk menjadi ahli dan tidak kurang juga yang telah bertungkus lumus menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menentukan perjalanan parti berlaku dalam keadaan yang licin dan sempurna. Read More / Baca Lagi >> |
||
Tunjuk bukti saya rasis, Kit Siang cabar Umno Posted: 01 Jan 2017 09:45 PM PST Berucap di Raub malam tadi, Lim berkata, semua kenyataan dan ucapan beliau menjadi tatapan awam dan tidak pernah disembunyikan. "Saya tidak fikir ada lagi pemimpin politik di Malaysia yang telah dituduh selama separuh abad yang lalu, dihina dan difitnah sebagai anti-raja Melayu, anti-Melayu dan anti-Islam. "Saya menulis dan bercakap hampir setiap hari selama 51 tahun yang lalu dalam perjuangan politik untuk perpaduan, demokratik dan keadilan Malaysia, dan setiap perkataan dituturkan secara terbuka," kata Lim. Sehubungan dengan itu, Lim yang menganggarkan beliau pernah menutur atau menulis kira-kira 10 juta perkataan dalam kerjaya politiknya dan tiada seorang pun di kalangan pengkritik dapat menemui bukti beliau sebagai 'anti-Melayu, anti-Islam dan anti-raja Melayu". "Cabaran saya kepada para pemimpin Umno, ejen propaganda dan panglima perang siber untuk kemukakan bukti daripada lebih 10 juta perkataan yang saya telah tuturkan atau ditulis dalam 51 tahun yang lalu untuk buktikan saya anti-Melayu, anti-Islam dan anti-raja Melayu. "Mereka dialu-alukan untuk teliti apa yang saya katakan atau tulis dalam 51 tahun yang lalu termasuk merekod kenyataan, buku, kaset dan video dengan Cawangan Khas untuk membuktikannya," ujar beliau. Lim menambah, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dakwaan paling biasa yang dilemparkan kepadanya adalah beliau menjadi punca rusuhan 13 Mei di Kuala Lumpur dan seorang 'komunis'. |
||
CABARAN MUKHRIZ YANG MESTI DISAMBUT OLEH PENGAMPU NAJIB YANG SEORANG INI Posted: 01 Jan 2017 09:44 PM PST Mukhriz Mahathir secara terbuka mencabar Tunku Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bukti dan sumber yang dimilikinya berhubung dakwaan beliau adalah calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU 14 akan datang.
Sekiranya Tunku Aziz gagal berbuat demikian, jelas Mukhriz, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan saman berhubung dakwaan mengenai dirinya yang dianggap fitnah dan palsu.
Tunku Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP yang kini beralih menjadi penyokong dan pengampu Najib Razak, pada 30 Disember lalu membuat dakwaan bahawa Mukhriz adalah calon Perdana Menteri yang telah dipersetujui sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU 14.
Kata beliau, persetujuan memilih Mukhriz itu dicapai dalam satu pertemuan antara Tun Mahathir Mohamad dengan Lim Kit Siang pada 3 Disember lalu.
Sesiapa pun yang mengikuti perkembangan Pakatan Harapan yang sudah menjalin kerjasama dengan PPBM, sedar bahawa calon Perdana Menteri belum lagi diputuskan secara muktamad meskipun gabungan itu semakin menjadi pilihan rakyat serta kian hampir untuk menumbangkan UMNO dan BN.
Bagi Pakatan Harapan, persoalan siapa Perdana Menteri tidak perlu keputusan yang tergesa-gesa kerana keutamaan mereka ialah mengukuhkan kerjasama untuk mengalahkan UMNO dan BN serta menyingkirkan Najib yang dianggap beban terbesar dalam sejarah negara.
Kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dan PPBM mengenainya boleh "digoogle" dengan mudah untuk membuktikan hakikat itu. Pokoknya, belum ada persetujuan yang muktamad.
Lantaran itu, adalah menghairankan bagaimana Tunku Aziz yang bibirnya beratib memuji Najib sepanjang masa lebih mengetahui siapa calon Perdana Menteri berbanding pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sendiri.
Read More / Baca Lagi >>
|
||
CERITA LELAKI BANYAK HUTANG HANTAR ORANG TUNAI HAJI KE MEKAH Posted: 01 Jan 2017 09:43 PM PST Ini adalah cerita yang pernah berlaku di zaman dahulukala. Ia tdak ada kena-mengena dengan sesiapa atau mana-mana pihak, sama ada yang masih hidup, sedang mati atau sudah meninggal dunia.
Hidupnya kelihatan agak kaya dan bergaya. Kereta mewah dan rumahnya nampak besar-besar belaka. Tetapi, beliau bukanlah berasal daripada keturunan yang kaya-raya dan mempunyai banyak harta.
Kepada rakan-rakan rapatnya, beliau ada bercerita mengenai hutangnya yang banyak dengan ceti dan harta-harta miliknya dijadikan cagaran untuk mendapatkan wang bagi membiayai gaya hidupnya.
Jumlah bayaran bunga hutang-hutangnya kepada ceti itu tentulah amat tinggi dan boleh membuatkan orang-orang yang mendengarnya geleng kepala. Tetapi, beliau selalu senyum dan relaks saja dalam hidupnya.
Tiba-tiba, lelaki itu membuat keputusan untuk menghantar beberapa adik-beradiknya menunaikan haji ke Mekah.
Hebohlah orang-orang di pekan itu bercerita mengenai kemurahan hati lelaki yang bekerja di kasino dan suka berjudi, minum arak dan banyak berhutang itu.
Read More / Baca Lagi >>
|
||
Kelakar! Rakyat malaysia buat ini apabila petrol naik! Posted: 01 Jan 2017 07:56 PM PST |
||
BR1M Itu Rasuah Kerana Diagihkan Melalui UMNO Posted: 01 Jan 2017 07:14 AM PST |
||
Air percuma Selangor bukan rasuah - Abdullah Sani Posted: 01 Jan 2017 07:14 AM PST |
||
Orang Gila Pun Tak Pakai Tuala Siang Hari Ke SUK Posted: 01 Jan 2017 07:13 AM PST |
||
PEDAS TEPAT ke MUKA!! Negara Bukan DIPERINTAH Oleh Najib TAPI Rosmah!!! Posted: 01 Jan 2017 07:13 AM PST |
||
Posted: 01 Jan 2017 07:12 AM PST |
||
'Dedah bukti atau berdepan tindakan saman’ - Mukhriz Mahathir Posted: 01 Jan 2017 06:02 AM PST Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencabar supaya bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bukti dan sumber yang diperolehinya berhubung dakwaan pemilihan beliau sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 akan datang.
Menurut beliau, sekiranya Tunku Abdul Aziz gagal berbuat demikian, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadapnya berhubung dakwaan fitnah tersebut."Kalau beliau tidak dedahkan, saya akan mengambil tindakan undang-undang (saman) ke atasnya selepas ini," katanya kepada Sinar Harian. Sebelum ini, Tunku Abdul Aziz mendakwa Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah sepakat untuk memilih Mukhriz sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 akan datang. Sehubungan itu, beliau berkata dakwaan berkenaan adalah tidak berasas malah ia hanya berunsur fitnah semata-mata. "Saya hairan macam mana seorang yang kita kenali sebagai orang yang hebat boleh keluarkan kenyataan tak masuk akal dan berunsur fitnah sebegitu. "Saya sendiri terkejut yang beliau boleh percaya kepada dakyah-dakyah sebegini sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
||
FAS harap Azmin tidak lari daripada melangsaikan hutang Posted: 01 Jan 2017 05:59 AM PST Setiausaha Agung Rosman Ibrahim berkata menteri besar Selangor dijemput menghadiri mesyuarat exco FAS sepanjang 2 bulan lalu namun tidak diendahkan
KUALA LUMPUR: "Jangan lari daripada tanggungjawab melangsaikan gaji dan bonus pemain walaupun selepas melepaskan jawatan." Itu harapan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang mahu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pengurus pasukan, Amirudin Shari memenuhi janji melangsaikan gaji pemain dan pegawai pasukan bagi November serta bonus mara ke final Piala Malaysia 2016. Setiausaha Agung FAS, Rosman Ibrahim berkata persatuan kecewa sehingga kini masalah itu belum diselesaikan, malah cubaan mengatur pertemuan dengan mereka juga tidak diendahkan. Rosman turut menjelaskan FAS masih belum menerima surat rasmi daripada Mohamed Azmin dan Amirudin, yang masing-masing mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden FAS dan pengurus pasukan Selangor menerusi kenyataan bersama 2 hari lalu. "FAS hanya akan mengadakan mesyuarat exco khas bagi membincangkan perkara ini selepas menerima surat rasmi mereka. Pemain-pemain turut telah mengeluarkan kenyataan memohon penyelesaian tunggakan gaji ini dan FAS berharap janji tersebut dapat ditunaikan. Pada masa sama, FAS juga berharap isu baki tunggakan gaji bekas ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan, yang dipecat Amirudin menerusi SMS (sistem pesanan ringkas), tanpa mengikut saluran, tiada hitam putih dan di luar pengetahuan exco, turut dapat diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan. Rosman berkata FAS kecewa dengan tindakan Mohamed Azmin dan Amirudin, yang sering menegaskan jalan penyelesaian bagi kemelut yang dihadapi skuad Gergasi Merah itu, adalah dengan mengadakan pertemuan antara FAS dan mereka. "FAS ada menghantar surat permohonan mengadakan pertemuan, selain menjemput Azmin menghadiri mesyuarat exco sepanjang 2 bulan lalu namun tidak diendahkan, seolah-olah tidak mempedulikan isu yang dialami FAS. "FAS turut kesal atas beberapa tuduhan dan label yang dilontarkan kepada kami. Ianya tidak berasas dan bersifat lepas tangan biarpun Azmin melalui Amirudin terlibat secara langsung khususnya dalam pengurusan pasukan," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
||
Makkal Sakti mahu tanding PRU14 Posted: 01 Jan 2017 04:12 AM PST Beliau berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk memutuskan sama ada parti itu akan diberi peluang bertanding pada PRU14. Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sama ada parti itu memohon sebarang peruntukan kerusi pada PRU14 akan datang. "Kalau diberi peluang kepada Makkal Sakti kami akan menerimanya tetapi jika tidak diberi kerusi pun kami tetap akan menyokong BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2017 parti itu di Ipoh hari ini yang turut dihadiri kira-kira 1,000 orang. Thanenthiran berkata setakat ini parti itu mempunyai 123,000 anggota di seluruh negara dan 75 peratus daripadanya adalah golongan belia. Katanya 4,000 anggota parti itu yang terdiri daripada pemuda dan wanita telah menggerakkan jentera pilihan raya di seluruh negara demi memastikan BN mampu menang majoriti dua pertiga dalam PRU14. "Kami tetap menyokong penuh gandingan pemimpin BN, walaupun sering dihimpit tohmahan dan fitnah, ia tidak mampu menggugat keyakinan masyarakat India," katanya. Mandat kerajaan BN sekarang bakal berakhir pada Jun 2018. |
||
Kami bukan proksi Dr M, kata Warisan Posted: 01 Jan 2017 04:11 AM PST Setiausaha agung Parti Warisan Sabah berkata khabar angin yang menjadi viral itu fantasi pasukan siber.
PETALING JAYA: Parti Warisan Sabah (Warisan) menepis dakwaan yang mengatakan parti itu proksi parti politik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). "Tidak betul sama sekali. Barangkali ini khabar angin yang diviralkan oleh teori konspirasi pasukan siber yang tidak bertanggungjawab," kata Setiausaha Agung Warisan, Loretto Padua Jr. dalam satu kenyataan hari ini. Padua menjawab artikel "Orang Asal dismiss Shafie as Dr M's proxy" yang disiarkan FMT pada 27 September oleh Joe Fernandez. Menurut artikel itu, beberapa orang dalam kalangan Orang Asal di Sabah melihat Datuk Seri Shafie Apdal sebagai proksi Dr Mahathir. Padua berkata sebelum penubuhan Warisan, sebahagian besar pemimpinnya berjuang bermati-matian untuk Sabah dan kawasan masing-masing tanpa bantuan Dr Mahathir. Bagaimanapun, beliau menambah tidak pernah gerakan "besar-besaran" untuk menewaskan Umno Sabah sejak 1994, seperti yang digerakkan Warisan. "Kita saksikan gerakan ini sesuatu yang dinantikan rakyat Sabah, sejak sekian lama, iaitu kebangkitan sebuah parti tempatan yang boleh merampas 60 kerusi dewan undangan negeri yang dipegang Umno Sabah dan kerusi lain. "Tidak hairanlah mengapa usaha digerakkan untuk mencemar nama baik pemimpin muda Warisan dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat Sabah agar kita lupa matlamat asal menewaskan Umno Sabah." Bagi tahun 2017, Warisan merancang untuk menghidupkan sokongan akar umbi dan memperkukuh parti, tambahnya. |
||
Halalkah pergi haji guna wang 1MDB dari Pulau Cayman? Posted: 01 Jan 2017 04:09 AM PST Tun Mahathir Mohamad tidak salah mempersoalkan sumber dana Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sama ada wajar ia digunakan untuk menaja jemaah haji di Makkah, kata ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
"Saya sendiri sudah berkali kali bertanya di Parlimen sejak dua tahun lepas mengapa wang 1 MDB telah dilaburkan di sistem kewangan kepulauan Cayman, iaitu pusat terkenal simpanan wang judi, dadah dan kongsi gelap terkenal dunia, dan adakah sumber wang ini digunakan untuk membiayai haji oleh 1MDB ? "Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak memberi jawapan yang jelas selain dari menyatakan "ia adalah pelaburan jangka masa pendek". "Kalau perbuatan itu haram ia tetap haram walaupun untuk jangka masa pendek kerana ada banyak lagi pilihan lain yang halal," katanya dalam kenyataan media hari ini. Selain itu, katanya, banyak rahsia mengenai pelaburan 1MDB di tempat haram terbongkar seperti pelaburan dalam kelab malam terkenal di Las Vegas berjumlah ratusan juta dollar dan penerbitan filem berunsur lucah, Wolf Of Wall Street. "Selebriti Hollywood Leonardo DeCaprio yang menjadi pelakon utama memberi kesanggupan memulangkan wang diterima beliau kepada rakyat Malaysia jika ia merupakan wang diperolehi dengan tidak sah," kata Raja Kamarul. Terdahulu Mahathir mendakwa orang yang melaksanakan ibadah haji menggunakan wang 1MBD tidak akan mendapat haji mabrur kerana ia berpunca daripada wang haram yang dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Susulan itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan bekas perdana menteri itu supaya tidak berlagak pandai dalam hukum berkaitan Islam sehingga berani mempersoalkan hal ibadat haji orang lain. 'Ulama cari makan' Pada masa sama, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dilapor berkata hanya Allah layak menentukan sama ada ibadah haji seseorang itu mabrur atau tidak. "Yang penting, dia (pemberi wang) melepaskan jalan untuknya mengerjakan haji," katanya seperti dilapor Free Malaysia Today. Read More / Baca Lagi >> |
||
Tunku Abdul Aziz Tipu Rupanya.. Mukhriz Nafi Ada Perjanjian Sulit Lantiknya Sebagai PM Posted: 01 Jan 2017 12:23 AM PST
Timbalan Presiden Parti Pertubuhan Pribumi Bersatu (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan terdapat penjanjian sulit antara bapanya dan Veteran DAP Lim Kit Siang untuk memilihnya sebagai perdana menteri.
Read More / Baca Lagi >>
Katanya kenyataan bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim itu sengaja dikeluarkan bagi mengelirukan rakyat tentang tujuan sebenar BERSATU dan Pakatan Harapan (HARAPAN). Katanya, BERSATU hanya ingin menyelamatkan negara dan isu mengenai soal kepentingan peribadi tidak pernah timbul lapor, Sinar Harian. "Sebelum ini perkara sama pernah dibangkitkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tunku Sharifuddin Tengku Ahmad dan saya telah mengambil tindakan saman ke atas beliau. "Tindakan sebegini seolah-olah seperti memperlekehkan usaha BERSATU yang ingin menyelamatkan Malaysia," beliau dilaporkan sebagai berkata. Jumaat lalu Tunku Aziz mendakwa Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Lim telah sepakat untuk memilih Mukhriz sebagai perdana menteri. Tunku Aziz mendakwa berdasarkan perjanjian rahsia yang dibuat pada 3 Disember lalu, Lim pula akan dilantik ke jawatan timbalan perdana menteri jika HARAPAN memenangi pilihan raya umum akan datang. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |