"Selagi Saya Hidup Saya Tak Benarkan Pas Dan Umno Bersatu"
Itulah kata-kata bekas Mursyidul Am Pas Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.
Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, Pas adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.
“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara Pas dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.
“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama Pas dan Umno dilakukan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily.
Nik Aziz berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh Pas.
Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.
“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.

Malangnya Pemimpin Pas Hari Ini Semakin 'Buta"
Perkembangan terbaru menunjukkkan pemimpin Pas cuba menjauhi pembangkang dan dalam masa yang sama cuba membohongi ahli parti agar menerima UMNO dan BN.
Hari ini Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mengeluarkan kenyataan bahawa perkembangan terbaharu (DAP mahu jawatan TPM - sebenarnya telah dinafikan DAP dan Tun Mahathir) merencatkan sama sekali siri pertemuan antara Pas dan PPBM untuk menjalin hubungan kerjasama.
Tindakan beliau mempertahankan berita palsu daripada UMNO ini jelas menzahirkan hati budi pemimpin Pas pada masa ini. Mereka tidak sedar, ahli-ahli PAS akan hukum mereka pada PRU-14 nanti.

Menurut beliau, buat masa ini, Pas sama ada melalui Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat belum membuat apa-apa keputusan untuk bekerjasama dengan PPBM.
Yang ada katanya, hanyalah siri-siri pertemuan dan program bersama untuk menerokai serta menjalin hubungan tersebut.
PAS Sejak Akhir-akhir Ini Galak Bersama Najib
Terbaharu, Pas akan mengundang menteri Kabinet untuk turut serta dalam Himpunan 355, yang dijadualkan berlangsung pada 18 Februari ini.
Menerusi status dimuat naik di laman sosial Facebook milik Pengarah Himpunan 355, Nasrudin Hassan, beliau memaklumkan Pas telah mengadakan satu pertemuan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Loading...
"helvetica" , sans-serif; font-size: large;">
Gambar-Gambar Mesra Pemimpin Pas Bantu BN Melalui Pintu Belakang
Posting yang dimuat naik itu juga disertakan sekeping gambar Jamil Khir sedang memegang baju T tertera perkataan 'Kami Sokong Pindaan Akta 355'.
Selain Jamil Khir, turut kelihatan, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha dan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
"Bertemu santai dengan Jamil Khir sambil minum ringan di awal malam kelmarin sambil mengajak beliau menyertai Himpunan 355. Alhamdulillah beliau menyambut baik hasrat penganjuran himpunan oleh Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sekretariat Himpunan 355 pada 18 Februari kelak.
Gambar-Gambar Mesra Pemimpin Pas Bantu BN Melalui Pintu Belakang
Himpunan bersama Najib
MAHA 2016
Perbincangan bersama Pak Lah di MAHA 2016
Majlis dirasmikan oleh TPM, Zahid Hamidi
Kerjasama terbaru
Loading...