Loading...
CADANGAN TIMBALAN PERDANA MENTERI KE-II DARIPADA MCA seperti yang dilaporkan dalam laman web jabatan penerangan malaysia
SEMENTARA ITU, PORTAL FREE MALAYSIA TODAY DIDAPATI TELAH MEMADAMKAN ARTIKEL BERTAJUK
MCA akui pernah minta jawatan TPM tetapi…
YANG DITERBITKAN HARI INI SELEPAS NAJIB MENGELUARKAN KENYATAAN BAHAWA MCA TIDAK PERNAH MEMINTA JAWATAN TPM
Artikel FMT tersebut menyatakan "MCA mengakui pernah menyampaikan hasrat penyokong agar jawatan timbalan perdana menteri diwujudkan untuk pemimpin parti itu."
Ahli Majlis Tertinggi MCA Datuk Seri Ti Lian Ker menjelaskan cadangan itu dibuat agar usaha kerajaan memelihara kepentingan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam di negara ini dilakukan dengan lebih berkesan.
“Ia sekadar menyalurkan hasrat penyokong dalam amalan demokrasi yang sihat,” katanya kepada FMT.
“Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan seakan-akan ia satu perkara terlarang semata-mata ingin provokasi sentimen dan emosi masyarakat Melayu, kononnya MCA melakukan kesalahan dan DAP lebih akur kepada sensitiviti orang Melayu.”
“Inilah mainan politik Tun dalam mencuba meraih sokongan pada parti pembangkang dengan mainan sentimen perkauman,” tambahnya.
Mungkinkah FMT ada hubungan dengan MCA dalam menerbitkan artikel tersebut bagi menangkis penjelasan Tun Mahathir.
Namun, FMT terpaksa menarik balik setelah kenyataan MCA itu bertentangan dengan kenyataan Najib hari ini.
Loading...