DIALOG RAKYAT |
- Rakyat terdesak ketuk rumah Exco mohon bantuan
- Majikan mohon Perdana Menteri tarik balik
- Laporan : Ringgit dijangka jatuh lagi.
- Pengurus bank di Singapura didakwa berkaitan 1MDB
- Sekolah ditutup kerana banjir tidak perlu diganti
- Tangkap KSU, tetapi apa berlaku kepada kes SRC, soal Tuan Ibrahim
- Orang Melayu tidak musuhi, takut pada DAP, kata Zaid
- Kes berkaitan 1MDB, pengurus bank berdepan 16 pertuduhan
- Kenapa SPRM nafikan kenyataan bekas pengarahnya?
- Azimah pulang ke Malaysia selepas setahun
- MPK tak luluskan pertunjukan bunga api, kata Exco Selangor
- Grab Malaysia beri amaran tamat khidmat pemandu jadi ' ulat teksi '
- Jumlah mangsa banjir di Kelantan semakin meningkat
- Tiada orang Mahathir atau Muhyiddin dalam PPBM
- Negeri, Pusat perlu bincang atasi banjir - Zahid
Rakyat terdesak ketuk rumah Exco mohon bantuan Posted: 05 Jan 2017 02:03 AM PST OLEH ERMIZI MUHAMAD
SHAH ALAM: Faktor ekonomi mendesak di bawah urus tadbir Barisan Nasional (BN) terus menekan kebajikan rakyat hingga ada yang sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan kelangsungan hidup. Terbaru, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato' Iskandar Abdul Samad mendedahkan, rumahnya diketuk seorang lelaki yang meminta bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan sekolah anaknya. "Awal pagi tadi jam 1.21 pagi, seorang bapa mengetuk pintu pagar rumah saya untuk meminjam duit bagi membeli keperluan sekolah anaknya. "Kebetulan saya belum tidur ketika itu kerana menghadiri mesyuarat yang habis lewat malam. "Inilah keadaan rakayat marhaen hari ini, berhempas-pulas membesarkan anak, pejabat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak dibuka jam 1 pagi," katanya di Facebook. Posting itu mendapat perhatian pengguna laman sosial yang mengkritik kelemahan ekonomi Kerajaan Persekutuan. Antaranya Shehdi Hazrik yang berharap supaya rakyat dapat menikmati kehidupan lebih baik, pada masa akan datang. "Rakyat sedang sakit kerana tekanan dengan keperluan harian. Manusia bekerja hempas pulas bukan lagi untuk mendapat kesenangan tetapi hanya ingin meneruskan kehidupan sedia ada," katanya. Difahamkan lelaki terbabit menerima bantuan menerusi Pusat Khidmat DUN Chempaka.-AA- |
Majikan mohon Perdana Menteri tarik balik Posted: 05 Jan 2017 01:41 AM PST MAJIKAN mohon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik langkah baharu yang mensyaratkan majikan membayar levi pekerja asing berkuat kuasa 1 Januari lalu. Seramai 159 penggiat industri menyatakan hasrat demikian, memandangkan langkah berkenaan tidak mampu menyelesaikan matlamat mengurangkan jumlah pekerja asing di Malaysia. Malah, golongan penggiat industri itu tidak menolak kemungkinan jika majikan perlu menanggung kos kenaikan levi, mereka akan memindahkan kos kenaikan tersebut kepada pengguna. Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, semua 159 penggiat industri telah setuju menghantar surat rayuan kepada perdana menteri agar menarik balik keputusan tersebut. "Langkah terbaru ini akan bawa kesan buruk kepada majikan, terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini. Kami akan sertakan surat dan dokumen rasmi berhubung perkara itu kepada perdana menteri," kata Shamsuddin kepada Sin Chew Jit Poh. Katanya, semua industri tidak berpuas hati kerana kerajaantidak membincangkan dasar itu terlebih dahulu sebelum ia dikuatkuasakan. Sementara itu, Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Hong Chee Meng menegaskan, pihak persatuannya tetap membantah keputusan kerajaan mensyaratkan majikan membayar levi pekerja asing berkuat kuasa tahun ini. "Pelaksanaan gaji minimum RM1,000 kepada pekerja sebelum ini sudah banyak memberikan tekanan kepada pihak majikan, kini dikuatkuasakan pula pembayaran levi pekerja asing. Ini sudah tentu membebankan pihak majikan," kata Chee Meng. Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan langkah terbaru itu bertujuan memastikan majikan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pekerja asing yang digajikan bermula dari peringkat permohonan, penggajian dan sehinggalah pekerja asing tersebut dihantar pulang ke negara asal. "Bermula tempoh ini, majikan tidak lagi dibenarkan untuk buat potongan gaji pekerja bagi menampung pembayaran levi," katanya. Menurutnya, perubahan dasar itu akan meletakkan majikan lebih bertanggungjawab dalam menjaga pekerja mereka, sekali gus mengelak isu pekerja asing lari, bertukar sektor secara haram serta tinggal lebih masa dan menjadi pendatang asing tanpa izin |
Laporan : Ringgit dijangka jatuh lagi. Posted: 05 Jan 2017 12:44 AM PST MALAYSIAKINI
Ringgit yang menunjukkan prestasi tidak memberangsangkan di kalangan matawang lain di rantau Asia sepanjang tahun lalu dijangka akan menurun lagi, menurut kumpulan penganalisis antarabangsa. BMI Research yang merupakan anak syarikat Fitch Ratings berkata, salah satu punca kejatuhan tersebut ialah matawang tempatan sangat terkesan dengan sebarang pergerakan yuan yang diramal kekal di bawah tekanan menurun. "Terdapat juga kemungkinan perbezaan sebenar kadar faedah antara Amerika Syarikat dan Malaysia yang semakin meruncing dengan Malaysia mungkin mengekalkan dasarnya manakala Rizab Persekutuan menaikkan kadar sejumlah 50 mata asas. "Kelemahan seterusnya dalam pasaran bon global juga akan meletakkan ringgit di bawah tekanan memandangkan kira-kira 40 peratus bon Malaysia dipegang oleh pelabur asing," kata firma berkenaan, memetik laporan Bloomberg. Semalam, ringgit menjunam ke paras terendah baru iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998. Ringgit mencecah titik terendah pada nilai RM4.88 berbanding AS$1 pada bulan Januari 1998. Perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad kemudiannya memutuskan ringgit ditambat pada kadar RM3.80 berbanding dolar. Mengulas lanjut, kata BMI Research, ringgit bagaimanapun mungkin dapat memulihkan kerugian dalam jangka masa panjang ekoran kenaikan harga komoditi seperti minyak dan lonjakan perdagangan. "Kedudukan fiskal Malaysia yang agak positif Malaysia berbanding Amerika Syarikat juga mampu menjurus kepada tekanan inflasi yang rendah," jelasnya |
Pengurus bank di Singapura didakwa berkaitan 1MDB Posted: 05 Jan 2017 12:40 AM PST SINAR HARIAN
Jens Fred Sturzenegger didakwa atas berkaitan skandal 1MDB. - Foto oleh Wee Teck Hian
SINGAPURA - Warga Switzerland, Jens Fred Sturzenegger didakwa berhubung siasatan Singapura terhadap skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), menjadikan individu kelima didakwa di sini. Lelaki berusia 42 tahun itu, yang merupakan pengurus cawangan Falcon Private Bank, didakwa pada Khamis dengan 16 pertuduhan gagal melaporkan urus niaga mencurigakan dan memberikan maklumat palsu kepada pihak berkuasa, lapor Channel News Asia. Kesalahan-kesalahan yang didakwa dilakukan antara tahun 2013 dan tahun lalu. Pihak berkuasa Kewangan Singapura (MAS) menutup Falcon Private Bank pada Oktober lalu dan Sturzenegger ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Komersial pada 5 Oktober tahun lepas. Salah satu tuduhan menyatakan Sturzenegger didakwa bersubahat gagal melaporkan urus niaga mencurigakan yang melibatkan aliran masuk kira-kira AS$1.265b (RM5.67b) ke dalam dua akaun Falcon bank pada Mac 2013. Dalam satu lagi pertuduhan, dia dituduh bersubahat dengan Cidy Widjaja, ketua pematuhan Falcon Bank untuk memberi maklumat kepada kakitangan MAS yang diketahuinya sebagai palsu. Dia didakwa meluluskan maklumat dari Widjaja yang memaklumkan kepada Pegawai MAS bahawa orang yang berurusan dengan bank adalah Encik Tan, sedangkan bank sebenarnya berurusan dengan ahli perniagan Malaysia, Low Taek Jho yang dikatakan menggunakan alamat emel yang menunjukkan dengan nama keluarga Tan. Kesalahan tersebut dikatakan berlaku pada Julai 2015. Sturzenegger hadir ke mahkamah bersama peguamnya Tan Hee Joek dan memaklumkan niatnya untuk mengaku bersalah. Kesnya akan didengar lagi pada 11 Januari. Tahun lalu, tiga individu telah disabitkan dengan peranan mereka yang berkaitan dengan skandal 1MDB di mana berbilion-bilion dolar telah dikatakan disalahgunakan daripada dana pelaburan negeri. Bekas pegawai bank BSI, Yak Chee Yew dan Yvonne Seah Yew Foong telah disabitkan membantu untuk memalsukan dokumen dan gagal melaporkan urus niaga mencurigakan. Yak dijatuhi hukuman 18 minggu penjara dan denda AS$24,000 (RM75, 073) manakala Seah telah diserahkan dua minggu penjara dan denda AS$10,000 (RM31, 280). Bulan lalu, bekas eksekutif BSI Yeo Jiawei dijatuhi hukuman penjara 30 bulan ke atas empat tuduhan menggangu saksi. Dia menghadapi tujuh pertuduhan lain yang melibatkan penipuan, penggubahan wang haram dan pemalsuan. Yeo mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli perniagaan Malaysia Jho Low yang dianggap oleh polis Singapura menjadi "suspek utama" dalam siasatan penggubahan wang haram. |
Sekolah ditutup kerana banjir tidak perlu diganti Posted: 05 Jan 2017 12:32 AM PST Mahdzir Khalid
PASIR MAS - Sekolah yang ditutup akibat banjir tidak perlu mengganti hari persekolahan kerana ia dianggap sebagai Cuti Darurat Kecemasan Banjir, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata sebanyak 72 sekolah di Kelantan dan Terengganu ditutup akibat banjir. Daripada jumlah itu, 38 sekolah turut dijadikan usat Pemindahan Sementara (PPS), katanya kepada pemberita semasa melawat Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong di sini yang dijadikan PPS. Mahdzir berkata kira-kira 15,000 pelajar di Kelantan dan Terengganu terjejas akibat bencana banjir yang berlaku sejak Ahad lepas dan berdasarkan keadaan cuaca yang baik, sekolah yang ditutup itu mungkin boleh dibuka semula minggu hadapan. Beliau berkata Jabatan Pendidikan Negeri di dua negeri terbabit perlu membuat laporan segera untuk proses membaik pulih perabot, kerusi meja serta alat pendawaian sekolah yang rosak. "Kementerian akan memberi peruntukan segera bagi membaiki segala kerosakan yang dialami," katanya. - Bernama |
Tangkap KSU, tetapi apa berlaku kepada kes SRC, soal Tuan Ibrahim Posted: 05 Jan 2017 12:22 AM PST MALAYSIA DATELINE
Bagi Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, penahanan seorang Ketua Setiausaha kementerian tidak dapat mengalihkan pandangan kekecewaan 'persaraan awal' bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zain. Malah beliau menimbulkan persoalan, kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dapat bertindak kepada pejawat awam tetapi tidak kepada ahli-ahli politik. Menurut Tuan Ibrahim, penahanan KSU ini sebenarnya menguatkan keluhan Bahri yang dipetik sebagai berkata "amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah." "Tindakan SPRM ini mengundang pelbagai soalan di minda rakyat. "Antaranya, siapa yang menghalang kes SRC dan siapa pula memberikan lampu hijau kepada penahanan KSU, jikalau dakwaan Bahri itu benar? "Apakah SPRM benar-benar bebas dalam melaksanakan tugasnya?," soal beliau yang terus mempertikaikan kewibawaan SPRM. Katanya, penyataan 'Undang-undang sarang labah-labah' dan perasaan kecewa yang diluahkan Bahri sempena persaraan awalnya tidak dapat ditutup dengan penahanan Ketua Setiausaha sebuah kementerian atas dakwaan rasuah dan salah guna kuasa. Malah, kata beliau, sebenarnya penahanan KSU berkenaan menimbulkan tanda-tanya mengapa SPRM dapat bertindak kepada penjawat awam dengan mudah tapi tiada tindakan yang serupa ke atas kes besar seperti SRC International yang juga merupakan anak syarikat 1MDB, yang melibatkan nama-nama ahli politik berjawatan tinggi. Katanya, kecekapan SPRM dalam memerangi rasuah perlu diimbangi dengan keadilan dalam tindakan. "Segala tindakan perlu adil dan kelihatan adil, tanpa sebarang pilih kasih. "Jangan sampai penjawat awam merasakan mereka dijadikan kambing untuk orang politik berkuasa kelihatan alim. "Oh ya, apa khabar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah?" soal beliau menyindir apakah tindakan SPRM kepada menteri berkenaan. |
Orang Melayu tidak musuhi, takut pada DAP, kata Zaid Posted: 05 Jan 2017 12:19 AM PST MALAYSIA DATELINE
Orang Melayu tidak memusuhi dan takut kepada DAP kerana mereka tidak mengenali parti itu sebagaimana yang dimomokkan oleh bekas naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim dan pemimpin Umno bahawa parti itu anti Melayu dan Islam. Dakwa bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah memperalatkan Umno dengan melabelkan DAP anti Melayu dan anti Islam. "Malah ramai yang percaya bahawa ini akan menjadi isu utama dalam pilihan raya akan datang. "Pandangan saya orang Melayu tidak memusuhi dan tidak takut kepada DAP. " Mereka tidak mengenali lebih dekat tentang parti itu selain daripada apa yang diberitahu oleh Tunku Abdul Aziz Ibrahim dan Umno. "Melayu umumnya malu dan tidak ekspresif dalam pemikiran mereka. "Mereka tidak akan mengangkat tangan untuk menunjukkan rasa tidak senang mereka, sebaliknya akan menolak untuk mengundi Umno," ujar Zaid dalam kenyataan di blognya hari ini. Zaid yang juga bekas Senator berkata, walaupun orang Melayu tidak dilihat keluar beramai-ramai mendengar ceramah atau menyertai DAP tetapi mereka ujarnya, penyokong senyap kepada peti undi. "Mereka telah melihat sumbangan parti itu dalam memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia. "Sebab mengapa Umno bimbang adalah semata-mata kerana taktik mereka menimbulkan ketakutan bahawa DAP anti-Melayu tidak berfungsi. "Parti itu menang pilihan raya lalu kerana sokongan pengundi Melayu di banyak kerusi separa bandar. "DAP dan pembangkang lain tidak akan menang begitu banyak kerusi dalam kategori ini jika orang Melayu benar-benar menentang DAP. "Tetapi mereka pasti akan menyokong calon pembangkang dengan cara mereka sendiri, secara senyap di pusat mengundi," ujarnya. Bekas Ketua PKR Wilayah Persekutuan ini juga berkata, jika pembangkang benar-benar mahu memenangi pilihan raya akan datang, mereka perlu mempunyai semangat kerjasama rapat dengan DAP yang akan memaksimumkan peluang untuk membentuk kerajaan baharu kelak. "Jika sesetengah daripada pemimpin masih tidak selesa dengan DAP termasuk segelintir orang Melayu yang masih lagi tidak selesa atau takut kepada DAP inilah masanya mereka perlu sedar untuk bangkit bersama rakyat. "Apa yang rakyat mahu sekarang ialah untuk melihat pembangkang berstruktur dan teratur supaya mereka boleh merasa yakin Najib boleh ditumbangkan kuasanya. "Mereka tidak peduli jika ia DAP, Amanah, PKR atau Bersatu yang melakukannya. Mereka mahu Najib turun. "Jangan merumitkan keadaan dengan menanamkan rasa takut cara Umno mengamalkan politik mereka. Rakyat mahukan kemenangan dan kita perlu memberikan kemangan itu," ujarnya. |
Kes berkaitan 1MDB, pengurus bank berdepan 16 pertuduhan Posted: 05 Jan 2017 12:13 AM PST MALAYSIAKINI Pihak pendakwa Singapura hari ini memfailkan 16 pertuduhan terhadap pengurus bank Switzerland, Falcon Private Bank AG, cawangan republik itu. Ia sebahagian daripada siasatan yang sedang berlangsung berkaitan dakwaan skandal 1MDB, lapor Reuters. Bank itu yang kedua diarahkan ditutup di Singapura selepas BSI Bank Ltd tahun lepas. Singapura dilihat mahu mengekalkan reputasi sebagai pusat kewangan bersih selepas turut dikaitkan |
1MDB disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negeri, termasuk Switzerland sendiri dan Amerika Syarikat.
Datuk Seri Najib Razak menafikan sebarang salah laku dan berkata Malaysia akan bekerjasama dengan siasatan antarabangsa.
Pendakwaan Singapura hari ini memfailkan 10 pertuduhan memberikan maklumat palsu, lima pertuduhan gagal mendedahkan maklumat meragukan dan satu pertuduhan gagal memaklumkan transaksi meragukan.
Warganegara Switzerland Tan Hee Joek yang ditangkap Oktober lalu mungkin membuat pengakuan bersalah, kata peguamnya daripada tetuan Tan See Swan & Co kepada mahkamah.
Bagaimanapun tidak jelas pengakuan bersalah akan dibuat terhadap pertuduhan yang mana. Pendengaran kes ditetapkan apda 11 Januari.
Tahun lepas tiga bekas pekerja BSI dipenjarakan. Ia juga menyaksikan rampasan aset dan penutupan beberapa bank – tindakan paling keras terhadap pengubahan wang haram di negara itu.
Republik itu menggelar kes berkaitan 1MDB sebagai paling rumit, canggih dan kes terbesar pengubahan wang haram yang pernah ditanganinya.
Kenapa SPRM nafikan kenyataan bekas pengarahnya?
Posted: 05 Jan 2017 12:11 AM PST
Walaupun boleh berkhidmat sehingga 2019, beliau memilih bersara awal dan menyatakan rasa kecewa terhadap siasatan kes SRC International Sdn Bhd, yang tidak dibawa ke mahkamah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki juga menolak kenyataan Bahri yang menyebut keputusannya itu dibuat kerana rasa "berdosa" terhadap 30 juta rakyat Malaysia.
Kenyataan SPRM dan Azam seakan cuba menggambarkan bahawa laporan media berkaitan direka-reka, walaupun wujud rakaman perbualan dan komunikasi teks antara pemberita dan Bahri.
Selain Malaysiakini, yang mula-mula melaporkan keputusan Bahri dengan memetik sumber, media lain turut mengikuti jejak langkah portal ini.
Ini termasuk portal Free Malaysia Today dan akhbar Sinar Harian serta Sin Chew Daily. Pemberita mereka turut menghubungi sendiri bekas pegawai kanan SPRM itu.
Persoalannya, adakah SPRM cuba mencadangkan terdapat muafakat bersama beberapa organisasi media untuk menyiarkan laporan palsu?
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengarahkan beberapa artikel berkaitan isu Bahri ditarik balik kerana dianggap palsu, berdasarkan kenyataan SPRM.
Bagaimanapun, arahan itu dibatalkan pagi berikutnya.
Bahri ketika dihubungi Malaysiakini berharap tidak ada pihak yang bercakap bagi pihak dirinya kerana ini akan mengelirukan orang ramai.
Beliau berjanji mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi, termasuk reaksi terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan (atas,kanan), yang berhujah kes SRC tidak dibawa ke mahkamah kerana tiada sebab untuk berbuat demikian.
Dalam laporan Sin Chew, Bahri dipetik sebagai mendakwa beliau kecewa kerana kes itu tidak dibawa ke mahkamah walaupun ada bukti.
Pengkritik kemudian cuba mengaitkan Bahri dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kempennya untuk menukar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Soal pegawai kanan kerajaan itu turut dibangkitkan.
Tidak kira sama ada Bahri mempunyai motif politik atau tidak, SPRM mesti menjelaskan kenyataannya bahawa Bahri menafikan beliau kecewa, sekali gus menggugat kewibawaan laporan-laporan di media.
Wang SRC didakwa mengalir melalui transaksi pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015, melalui dua syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Najib dilaporkan tidak tahu menahu wang itu berpunca daripada SRC manakala Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali pula membersihkan namanya daripada sebarang salah laku.
Azimah pulang ke Malaysia selepas setahun
Posted: 04 Jan 2017 11:43 PM PST
KUALA LUMPUR: Nor Azimah Ibrahim, jemaah umrah Malaysia yang hilang sejak 19 Disember 2015 di Madinah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
MPK tak luluskan pertunjukan bunga api, kata Exco Selangor
Posted: 04 Jan 2017 11:40 PM PST
Oleh Azizul Osman
Grab Malaysia beri amaran tamat khidmat pemandu jadi ' ulat teksi '
Posted: 04 Jan 2017 11:38 PM PST
Ketua Negara Grab Malaysia, Jaygan Fu berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang penipuan atau pemandu yang menjejaskan kepercayaan pelanggan dalam perkhidmatan dan aplikasi tempahan itu.
Katanya, isu penipuan dan pemandu yang tidak beretika menjejaskan pendapatan dan kehidupan rakan sekerja yang berusaha keras dengan menjadikan operasi Grab sebagai punca pendapatan.
"Kami sedang menyiasat perkara ini dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti penipuan.
Semalam, SPAD memberitahu lebih RM200,000 jumlah denda dikenakan kepada individu yang mengambil penumpang secara haram di KLIA dan KLIA2, sepanjang tempoh 2016.
Beliau menambah, pemandu juga perlu mematuhi peraturan ketat, termasuk tidak mengenakan caj berlebihan berbanding yang dinyatakan di dalam aplikasi.
"Kami menyeru semua penumpang untuk menggunakan hak mereka bagi mendapat perkhidmatan yang selamat, selesa dan berpatutan.
"Pelanggan juga dinasihatkan supaya menghubungi talian hotline 1300 80 5858 atau emel kepada support.my@grab.com sekiranya berlaku situasi seumpamanya bagi membolehkan syarikat campur tangan dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.
Pada masa sama, beliau turut meminta pemandu lain supaya membuat laporan sekiranya mereka mengesan insiden berkenaan.
"Sebarang maklum balas yang diterima akan membantu kami untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan.
"Objektif utama Grab adalah menyediakan perkhidmatan yang selesa, selamat, mudah dan berpatutan kepada penumpang sambil menimbangkan kebajikan pemandu," katanya.
Terdahulu, Uber Malaysia memberitahu pihaknya sedang menjalankan siasatan bersama pihak berkuasa berkaitan berhubung insiden pemandunya yang menjadi 'sesumpah' di KLIA dan KLIA2.
Jumlah mangsa banjir di Kelantan semakin meningkat
Posted: 04 Jan 2017 11:27 PM PST
Tiada orang Mahathir atau Muhyiddin dalam PPBM
Posted: 04 Jan 2017 11:26 PM PST
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Negeri, Pusat perlu bincang atasi banjir - Zahid
Posted: 04 Jan 2017 11:23 PM PST
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |