Loading...
ALHUSSEYN |
- Tidak salah terima wang daripada sesiapa untuk mengerjakan haji,” kata Mufti Pahanf
- Pengkhianatan Pas terhadap PKR
- 1,872 dipindahkan di Kelantan akibat banjir malam tadi
Tidak salah terima wang daripada sesiapa untuk mengerjakan haji,” kata Mufti Pahanf Posted: 01 Jan 2017 12:30 AM PST Hanya Allah saja yang layak menentukan sama ada ibadah haji seseorang itu mabrur atau tidak, kata mufti Pahang. Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata mabrur hanyalah ibadah yang dilaksanakan sewaktu berada di Mekah dan tiada kaitan dengan soal siapa yang memberi wang.
"Orang yang menerima mabrur ini adalah daripada Allah, apabila kita lakukan ibadah haji dengan sempurna, ikhlas, khusyuk dan seluruhnya. Banyak kategori yang menyebabkan seseorang itu boleh mabrur, bukan kerana duit.
"Mabrur ini kita nak tahu apabila selepas menunaikan haji, akan berlaku perubahan daripada segi ibadah dan keperibadian dia. Dia akan jadi orang yang lebih baik, meningkat amal soleh dan itu yang dikatakan mabrur," katanya kepada FMT.
Sebelum ini, pada satu ceramah di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa jemaah yang menunaikan ibadat haji dengan menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MBD), tidak akan mendapat haji mabrur.
Bekas perdana menteri itu berkata haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada wang haram yang dikatakan dicuri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Najib boleh bagi, kenapa dia boleh bagi kerana dia curi duit, duit curi halal ke tidak. Kalau dia bagi duit curi kita buat kerja haji, bagus ke tidak? "Itulah yang dia buat, tiap-tiap tahun nak hantar 1,000 orang buat kerja haji dengan duit curi. Saya ingat bukan haji mabrur la tu, haji kurang mabrur," katanya ketika berucap pada satu majlis di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah, baru-baru ini. ~ baca lagi di sini |
||
Pengkhianatan Pas terhadap PKR Posted: 31 Dec 2016 09:30 PM PST Rundingan kerusi pada 1999, 2004, 2008, (dan) 2013 adalah cerita pengkhianatan Pas. Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Kota Damansara, Sungai Acheh telah dipersetujui secara hitam putih di atas kertas di peruntukan kepada PKR, tapi dikhianati.
Pun begitu, masih ada yang tidak serik dikalangan PKR kerana masih ada kalangan yang mahu mengadakan rundingan dengan PAS bagi menjamin pertandingan dua penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 ...??? Walaupun begitu, Parti Amanah Negara mengucapkan syabas dan terima kasih diatas sikap setia kawan dan sokongan Wan Fauzuldin selaku Ketua Penerangan Keadilan Pahang yang telah menukilkan seperti berikut di akaun fesbuknya : Wfauzdin Ns : Amanah jgn khuatir. Wlaupun kamu parti baru, masih ramai dlm Keadilan yg sanggup pertahankan kamu sepertimana Keadilan mula2 wujud dulu dipertahankan oleh Pas dizaman Arwah Us Fadzil dan Arwah Tok Guru Nik Aziz. Apa yang dinyatakan oleh Ketua Penerangan Keadilan Pahang itu merupakan pengakuan yang ikhlas dan berani bahawa memang adanya sebilangan kecil dlm Keadilan yg menggugat kewujudan Amanah bersama Pakatan Harapan.
Pimpinan Pas yang dulunya sanggup bersusah payah membantu DS Anwar Ibrahim hingga mereka digelar 'Anwarinas' kini telah berhijrah menubuhkan Parti Amanah Negara. "Kalau kita sayang pada Anwar, kita kena berbaik dan bantu orang yg berjasa pada Anwar..." Ungkapan Wan Fauzuldin ini memang tepat sekali. Mengkhianati mereka yang pernah berjasa adalah umpama melepaskan anjing tersepit! PKR tidak patut melupakan pengorbanan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim sehinggakan mereka berdua dicemuh dengan gelaran 'Broker' dan 'Barua' oleh Hj Hadi! Dan mereka berdua ini yang telah menyelamatkan kerajaan PR jatuh ke tangan Pas / Umno, kini bersama Amanah. Ya, memang kita patut malu berbaik dgn orang yg tidak pernah tunjuk simpati pada Anwar. Pernahkah Hj Hadi atau mana-mana pemimpin Pas yang bersolidariti bersama Anwar ketika Anwar dihadapkan ke mahkamah? Sedangkan Tun Mahathir sendiri mampu melakukannya, kenapa tidak seorang ulama seperti Hj Hadi yang terus bersikap dendam dan benci terhadap Anwar? Malah sikap permusuhan Hj Hadi terhadap PKR jelas terserlah bila Hj Hadi menghina presiden PKR, Dr Wan Azizah tidak layak jadi Menteri Besar kerana beliau seorang wanita! Hairan.... kini ada pula dikalangan PKR yang mahu jadi barua dan broker kepada Pas pula.... |
||
1,872 dipindahkan di Kelantan akibat banjir malam tadi Posted: 31 Dec 2016 04:44 PM PST
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu , Shafruddin Ali Hussin berkata ia membabitkan 2,430 sekolah rendah dan 962 sekolah menengah. Bilangan mangsa banjir negeri ini yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat kepada 3,292 berbanding 2,031 pada pukul 6 petang. Menurut laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat, pada pukul 10 malam, 10 pusat pemindahan baru telah dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan 43 di enam daerah di negeri ini. Pemangku Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu, Rusmi Mahmood berkata setakat ini, 993 keluarga telah terjejas akibat banjir yang mula melanda negeri itu awal hari ini. Baca lagi di sini Sementara di Kelantan, dilaporkan jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 1,872 orang daripada 524 keluarga sehingga 9 malam tadi berbanding 1,067 mangsa daripada 258 keluarga yang direkodkan pada pukul 6 petang. Pengarah Pertahanan Awam Negeri (APM) Zainuddin Hussin berkata semua mangsa banjir ditempatkan di 17 pusat pemindahan di Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli.
"Sehingga pukul 9 malam, terdapat 654 mangsa di 10 pusat pemindahan di Kuala Krai, 1,046 orang di lima pusat di Jeli dan 172 orang di dua pusat pemindahan di Tanah Merah," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.
Beliau menjangkakan jumlah itu mungkin meningkat lagi malam ini sedang proses memindahkan mangsa banjir di tiga kawasan masih berjalan. Baca lagi di sini
Komen al-Husseyn : Selain merakamkan simpati kepada mangsa banjir yang terlibat, kita juga patut salahkan Hj Hadi kerana gagal membentangkan RUU Hudud di parlimen... Nik Abduh kata, bencana banjir ingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah dan jauhi murkaNya. Ia wajarkan kerajaan Kelantan terus istiqamah laksana syariat hudud... bhahahaha! KUALA LUMPUR – Bencara banjir besar yang melanda Kelantan petanda bahawa pelaksanaan undang-undang hudud perlu dilaksanakan di negeri itu. |
You are subscribed to email updates from AMANAH PROGRESIF PEDULI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Loading...